• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, November 11, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kadar Gaji Minimum Sedia Ada RM1,700 Bakal Dinaikkan

oleh Mynewshub
dalam Utama & Sensasi
0
Kadar Gaji Minimum Sedia Ada RM1,700 Bakal Dinaikkan
Share on FacebookShare on Twitter

SHAH ALAM – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam forum Himpunan Mesra Alumni Universiti Teknologi Mara (UiTM) memberi bayangan kadar gaji minimum sebanyak RM1,700 akan dinaikkan.

Beliau yang juga Pengerusi Pakatan Harapan (PH) berkata, semakan dan kajian gaji minimum berada pada peringkat akhir sebelum diumumkan dalam pembentangan belanjawan 2027 di Dewan Rakyat pada 9 Oktober ini.

Kata Perdana Menteri, beliau tidak berpuas hati terdapat syarikat-syarikat besar yang mencatatkan keuntungan berbilion ringgit seharusnya meningkatkan kadar upah pekerja.

“Saya pernah buat kajian dahulu tentang kenaikan produktiviti dan kenaikan upah di Korea Selatan. Negara itu produktiviti tinggi, upah pun ikut. Walaupun tidak sama, tetapi meningkat dari kadar upah.

“Di Malaysia produktiviti terus meningkat, tetapi kadar upah meningkat sangat rendah. Jadi, terpaksa kita gunakan kuasa kerajaan untuk menekan sedikit. Kalau pendapatan berbilion, gaji pekerja masih RM1,700, kita raise the floor,” katanya.

Terdahulu, Anwar mendakwa, beliau sejak menjadi Perdana Menteri telah mematahkan sikap pihak yang tidak bersetuju produktiviti meningkat maka kadar gaji perlu meningkat.

“Sejak saya jadi Perdana Menteri, saya tukar fokus itu, kadang-kadang bonus untuk ketua pegawai eksekutif, lapan bulan, pekerja bawahan dua bulan. Tak setuju, saya patahkan sikap itu,,” dakwanya. – MYNEWSHUB

Tags: 700Bakal DinaikkanGaji MinimumKadarRM1
Share201Tweet126SendShare

Related Posts

Individu Didenda RM1,000 Buat Iklan Online Mengelirukan, Baju Kurung Tetapi Jubah

Individu Didenda RM1,000 Buat Iklan Online Mengelirukan, Baju Kurung Tetapi Jubah

25/10/2026
0

PUTRAJAYA - Seorang individu didenda RM1,000 oleh Mahkamah Majistret Putrajaya selepas mengaku salah membuat representasi mengelirukan dalam urus niaga pakaian...

Kenaikan Gaji Minimum RM2,000: Netizen Mula Luah Kebimbangan Harga Barang, Kos Sara Hidup Turut Melonjak

Kenaikan Gaji Minimum RM2,000: Netizen Mula Luah Kebimbangan Harga Barang, Kos Sara Hidup Turut Melonjak

09/10/2026
0

KUALA LUMPUR - Pengumuman Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengenai kenaikan gaji minimum daripada RM1,700 kepada RM2,000 sebulan mulai...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd