Saturday, January 25, 2025

Creating liberating content

Jumlah Mangsa Banjir Di...

ALOR SETAR - Jumlah mangsa banjir kilat di Kedah sehingga pukul 9 pagi...

Cadangan Tambah Bilangan Lorong...

KUALA LUMPUR - Kementerian Pengangkutan bercadang untuk menambah bilangan lorong di lebuh raya...

Protes Trump Menerusi 3...

KHAN YUNIS - Pengiktirafan Baitulmaqdis sebagai ibu negara Israel oleh Presiden Amerika Syarikat...

Ada Kerja Main Game...

Wow..ingatkan benda ni merapu.Rupanya memang ada kerja di mana anda anda akan dibayar...

Harga Minyak Mentah Dunia Turun

TOKYO – Harga minyak Brent bergerak menjauhi paras tertinggi empat tahun yang di cecah baru-baru ini.

Dagangan hadapan minyak mentah Brent turun 43 cent, atau 0.5 peratus, kepada AS$81.44 satu tong pada 0041 GMT, selepas menokok hampir satu peratus dalam sesi sebelumnya.

Brent pada Selasa mencecah paras tertinggi sejak November 2014 pada AS$82.55 satu tong.

Dagangan hadapan minyak mentah Amerika Syarikat (AS) susut 40 cent, atau 0.6 peratus pada AS$71.88 satu tong.

Ia menokok 0.3 peratus Selasa untuk ditutup di paras tertinggi sejak pertengahan Julai.


Bagaimanapun, Brent berada di landasan untuk mencatat peningkatan lima suku berturut-turut, peningkatan paling lama sejak awal 2007, apabila ia mencatat kenaikan enam suku berturut-turut untuk mencecah rekod tertinggi AS$147.50 satu tong.

Laporan industri yang menunjukkan stok minyak mentah AS mencatat peningkatan yang tidak dijangka minggu lalu turut mempengaruhi harga.

Inventori minyak mentah menokok sebanyak 2.9 juta tong dalam minggu berakhir 21 September kepada 400 juta, berbanding jangkaan penganalisis yang mencadangkan penyusutan 1.3 juta tong, demikian menurut American Petroleum Institute (API). – Reuters

Kategori