• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, August 13, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Hanoi Gesa Penduduk Henti Makan Anjing, Kucing

oleh Ahmad Albab
12/09/2018
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

HANOI – Pihak berkuasa perbandaran ibu negara Vietnam menggesa penduduk supaya berhenti makan daging anjing, semalam kerana ‘kegemaran’ itu menjejaskan imej bandar terbabit selain meningkatkan wabak anjing gila.

Daging anjing boleh ditemui di banyak pasar dan gerai makanan sama ada dipanggang, direbus atau dikukus di seluruh bandar yang terkenal dengan makanan itu. Secara tradisi, daging itu dimakan bersama arak.

Bagaimanapun, Jawatankuasa Rakyat Hanoi, semalam memberi amaran kepada penduduk supaya meninggalkan kegemaran daging anjing untuk mengelak wabak anjing gila atau penyakit bawaan haiwan lain.

Ia juga menggesa mereka supaya berhenti makan daging kucing yang sering ditulis sebagai ‘harimau kecil’ dalam menu Vietnam. Ia kurang popular berbanding daging anjing, namun masih ditawarkan di luar bandar.

Menurut satu kenyataannya, amalan membunuh haiwan adalah kejam dan pihak berkuasa berharap ia boleh dihentikan secara berperingkat.

Katanya, tujuan amaran itu adalah untuk mengekalkan reputasi Hanoi sebagai ibu negara bertamadun dan moden di kalangan warga asing yang ramai beranggapan makan haiwan yang sering dijadikan sebagai peliharaan sebagai ditegah. – AFP/BH ONLINE

Tags: anjingVietnam
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Pengurusan Premis Mohon Maaf Pelanggan Bawa Anjing Dalam Troli

Pengurusan Premis Mohon Maaf Pelanggan Bawa Anjing Dalam Troli

05/08/2026
0

TELUK INTAN - Sebuah premis perniagaan di sini terpaksa ditutup sementara hari ini gara-gara perbuatan seorang pelanggan membawa seekor anjing...

Menteri Mohamad Sabu Tunjuk Bakat Masak Kari Di Vietnam

Menteri Mohamad Sabu Tunjuk Bakat Masak Kari Di Vietnam

26/04/2026
0

KUALA LUMPUR – Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu yang diketahui umum sebagai mahir dalam masakan menunjukkan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd