• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Dunia Luar Kagum Rakyat Malaysia Berani Tukar Kerajaan

oleh
29/09/2018
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PORT DICKSON — Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata masyarakat luar kagum dengan rakyat Malaysia yang berani melakukan perubahan dalam pentadbiran negara ini dengan memberi mandat kepada Pakatan Harapan (PH) untuk membentuk kerajaan.

Menceritakan reaksi masyarakat luar semasa melawat ke beberapa negara lsejak dibebaskan empat bulan lepas, beliau berkata mereka kagum bagaimana Malaysia boleh melakukan perubahan dalam pentadbiran kerajaan tanpa pertumpahan darah pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14), 9 Mei lepas.

“Kita berubah kerana semua rakyat tanpa mengira kaum bangkit dan bukan hanya sesuatu kaum sahaja,” katanya ketika berucap pada majlis pelancaran Bilik Gerakan Utama PH bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Port Dickson, di sini, malam ini.

Pelancaran bilik gerakan dilakukan oleh Presiden PKR, yang juga Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Anwar, yang akan bertanding pada pilihan raya kecil yang ditetapkan pada 13 Okt ini, berkata beliau turut menerima pelbagai reaksi daripada masyarakat luar yang kagum dengan kemampuannya memaafkan Tun Dr Mahathir Mohamad, yang memecatnya daripada kerajaan pada 1998 dan kembali bekerjasama pada PRU14.

Anwar berkata sokongan dan doa harus terus dihulurkan kepada Tun Dr Mahathir, yang dilantik sebagai Perdana Menteri Malaysia buat kali kedua, agar beliau diberikan kesihatan yang baik untuk mentadbir negara.

“Giliran Tun Mahathir biar dia jalankan (tadbir) negara dengan baik bersama-sama dengan sokongan kita. Kalau ditakdirkan semua berjalan baik, rakyat sokong, mari giliran saya, saya sambung pula,” katanya serta meminta pihak tertentu supaya berhenti melaga-lagakan mereka.

Tanpa merujuk secara spesifik pihak yang dimaksudkannya, Anwar berkata mereka sepatutnya mendoakan agar hubungannya dengan Tun Dr Mahathir terus kukuh demi manfaat kepada negara keseluruhannya. – BERNAMA

Tags: Datuk Seri Anwar Ibrahim
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

PMX Anwar Hubungi Perdana Menteri Norway, Bantah Keputusan Batal Eksport Sistem Peluru Berpandu NSM

PMX Anwar Hubungi Perdana Menteri Norway, Bantah Keputusan Batal Eksport Sistem Peluru Berpandu NSM

14/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyuarakan bantahan keras Malaysia terhadap keputusan unilateral Norway membatalkan lesen eksport...

Lim Guan Eng Saran PMX Anwar Sasar Pihak Bank, Bukan Golongan T20

Lim Guan Eng Saran PMX Anwar Sasar Pihak Bank, Bukan Golongan T20

13/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Penasihat DAP, Lim Guan Eng menyarankan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim supaya menyasarkan pihak bank berbanding...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd