• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 30, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Debat: Syed Saddiq Lawan Syarif Fakhri Malam Ini

oleh Ahmad Albab
18/09/2018
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Siri pertama debat awam bertema ‘Re:Action – Youth Engaged’ anjuran Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) dan Kementerian Belia dan Sukan (KBS) akan berlangsung jam 8 malam ini.

Bertempat di Pusat Kebudayaan UIAM Gombak, ia akan menampilkan Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman yang akan berdepan pendebat terbaik Debat Parlimen British Asia 2018, Ahmad Syarifuddin Ahmad Fakhri.

Usul yang akan dibahaskan melalui debat dalam bahasa Inggeris ini bertajuk ‘Pemansuhan Akta Anti-Berita Tidak Benar Adalah Satu Kesilapan’.

Kedua-dua Syed Saddiq dan Ahmad Syarifuddin, atau juga dikenali sebagai Syarif Fakhri, akan disertai pendebat muda yang dipilih secara atas talian melalui video yang dihantar orang awam.

Pasukan Syed Saddiq akan disertai pelajar Tingkatan 4 Sekolah Seri Puteri Cyberjaya, Hasya Atiyah Khairuddin.

Manakala, pasukan Syarif disertai Kishan Sivabalan, Kapten Pasukan Malaysia di Kejohanan Debat Sekolah-Sekolah Sedunia 2018.

Debat yang akan diadakan secara lapan siri dalam tempoh setahun ini mempunyai misi serampang dua mata bagi mempertingkatkan kemahiran pemikiran kritikal dan penguasaan bahasa Inggeris golongan belia.

Dalam setiap siri, dua pasukan terdiri dari pelajar atau orang awam akan berdebat pelbagai topik termasuk isu politik, ekonomi, sosial atau akademik.

Menurut Syed Saddiq, ia juga platform terbaik buat belia menyuarakan pendapat mereka mengenai isu penting yang berlaku dalam negara.

Beliau sendiri merupakan pemenang anugerah Pendebat Terbaik Asia di pertandingan Debat Parlimen British Asia sebanyak tiga kali.

Astro AWANI merupakan rakan media rasmi siri debat ini dan akan menyiarkannya secara langsung di semua platform kami di saluran 501 dan Facebook Astro Awani bermula jam 8.30 malam. – www.astroawani.com

Tags: debatSyed Saddiq Syed Abdul Rahman
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Adam Adli Sedia Berdebat Dengan Syed Saddiq Selepas PRN

Adam Adli Sedia Berdebat Dengan Syed Saddiq Selepas PRN

04/08/2023
0

PETALING JAYA – Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Adam Adli Abd. Halim bersedia untuk menerima jemputan Presiden MUDA, Syed Saddiq...

Ahli Parlimen PN Ubah Fikiran, Setuju Debat Dengan Rafizi

Ahli Parlimen PN Ubah Fikiran, Setuju Debat Dengan Rafizi

01/08/2023
0

PETALING JAYA: Ahli Parlimen Bachok dari Perikatan Nasional, Syahir Sulaiman membuat pusingan U berhubung cabaran Timbalan Presiden PKR, Rafizi Ramli...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd