• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Bantah Sebat Lesbian Bukti PH Hina Islam

oleh
06/09/2018
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

DEDAH… Kenyataan Pakatan Harapan (PH) terutama Datuk Seri Anwar Ibrahim bantah hukuman sebat terhadap lesbian dijatuhkan Mahkamah Syariah Terengganu adalah agak memeranjatkan.

Menurut Setiausaha Agung UMNO, Tan Sri Annuar Musa, pelbagai kenyataan termasuk Pengerusinya, Tun Dr. Mahathir Mohamad membuktikan pemimpin PH beragama Islam tidak boleh diharap untuk membela agama itu.

“Anwar dipetik sebagai berkata beliau ‘a practising Muslim’ konon tidak bersetuju dengan hukuman dijatuhkan oleh Mahkamah Syariah Terengganu terhadap kes lesbian, dan mendakwa ia sebagai ‘due process not being followed’.

“Sebagai bakal Perdana Menteri, kata-kata Anwar ini beri makna dan kesan sangat besar. Kemudian tersebar pula kenyataan daripada Urusetia PH, yang senada turut bantah hukuman itu dengan ulasan sangat memeranjatkan!

“PH dengan ini menganggap bahawa pelaksanaan hukuman sebat secara syarak sedemikian konon bakal mengheret Malaysia Baru ke zaman ‘barbaric’ (kehidupan gasar)…. zaman yang tidak bertamadun.

“Ini bererti kerajaan Malaysia secara rasmi anggap hukuman rotan sebagai tidak bertamadun dan barbaric. Masya Allah… apakah hukumnya bagi orang Islam yang menganggap hukum Islam itu barbaric?

“Mungkin para alim ulama boleh menjelaskannya,” kata Annuar dalam satu kenyataan. Beliau menambah, kuasa yang dilaksanakan oleh Mahkamah Syariah Terengganu adalah kuasa yang turut diluluskan Parlimen Malaysia.

Tambahan pula katanya, dalam kes berkenaan pesalah sendiri telah mengaku salah. Justeru ujarnya, jenis hukuman adalah mengikut apa yang telah tersedia dikanunkan, bukan secara semberono oleh hakim atau Peguam Negara.

“Ia bentuk sudah disemak pakar syarak, diluluskan Dewan Negeri dan diperkenan Sultan. Jadi Anwar perlu jelas, proses sepatutnya apa yang tidak diikuti. Daripada sudut mana Anwar rasa intepretasi Islam dibuat secara sempit?

“Kenyataan urusetia PH adalah bukti nyata pendirian kerajaan hari ini terhadap Islam dan kedudukannya sebagai Agama Persekutuan seperti terpahat dalam perlembagaan negara. Ia secara langsung perlekeh Islam dan hina Mahkamah Syariah.

“Suara pemimpin Islam dalam PH sekali lagi bisu dan membuktikan kerajaan ini sudah tidak boleh diharapkan untuk menjaga dan membela syariat Islam,” tegas Ahli Parlimen Ketereh itu.

Apa yang pasti ujarnya, suara DAP dan PKR yang sememangnya tidak berteraskan Islam menenggelamkan suara PPBM dan PAN yang terlalu lemah dan terpaksa mengangguk di bawah PH yang diketuai oleh DAP.

“Umat Islam yang cintakan agama dan takut pada Allah harus tampil menolak tindakan menghina Islam dan hukum Islam. Barbarickah Brunei, Anwar? Barbarickah Arab Saudi? Barbarickah Pakistan?

“Jawablah di akhirat nanti,” kata Annuar. – Mynewshub.TV

Tags: Annuar Musalesbiansebat
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Annuar Musa Sindir ‘Rumah Bangsa’, Tapi Tuan Rumah Yang Sama 

Annuar Musa Sindir ‘Rumah Bangsa’, Tapi Tuan Rumah Yang Sama 

09/03/2026
0

Oleh Mynewshub KUALA LUMPUR – Bekas Setiausaha Agung UMNO, Tan Sri Annuar Musa menegaskan beliau tidak mempunyai sebarang sebab untuk...

Pengambilan Tanah Kampung Sungai Baru: Annuar Hantar Notis, Beri 2 Pilihan Kepada Dr Zaliha

Pengambilan Tanah Kampung Sungai Baru: Annuar Hantar Notis, Beri 2 Pilihan Kepada Dr Zaliha

10/10/2025
0

KOTA BHARU: Bekas Menteri Wilayah Persekutuan, Tan Sri Annuar Musa menyifatkan kenyataan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Datuk...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd