• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 15, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Azman Pesuruhjaya Polis Sarawak Yang Baharu

oleh Ahmad Albab
03/09/2018
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUCHING – Ketua Pengarah Bahagian Perlindungan, Jabatan Perdana Menteri Datuk Azman Yusof dilantik sebagai Pesuruhjaya Polis Sarawak yang baharu berkuatkuasa hari ini.

Majlis serah terima tugas antara Azman dengan Timbalan Pesuruhjaya Polis Sarawak, Datuk Pahlawan Mohd Dzuraidi Ibrahim yang sebelum ini memangku tugas tersebut disaksikan Pengarah Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard Polis Diraja Malaysis (PDRM) Datuk Zamri Yahya di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Sarawak di sini.

Azman dalam ucapannya berkata, fokus utama beliau ialah untuk melaksanakan tugas dan tanggungjawab seperti yang termaktub di bawah Seksyen 3(3) Akta Polis 1967.

“Sebagai Pesuruhjaya Polis baharu, saya mempunyai tugas dan tanggungjawab seperti dibawah Akta Polis, berkenaan keselamatan Sarawak saya akan lihat tanpa mengabaikan tugas serta tanggungjawab tersebut untuk pastikan keselamatan negeri ini terjamin.

”Hasilnya ialah kesejahteraan, keharmonian, serta keamanan Sarawak,” katanya.

Sementara itu, Zamri berkata sebagai Pesuruhjaya Polis Sarawak ke-24, Azman dihantar khusus untuk memacu serta memimpin PDRM Sarawak ke status lebih tinggi seterusnya mewujudkan suasana lebih harmoni, selamat kepada masyarakat di negeri ini.

Beliau berkata negeri ini juga berada dalam keadaan yang aman menyaksikan hanya 3,713 kes dilaporkan bagi tempoh Januari hingga 9 Julai lalu, berbanding 4,096 kes bagi dalam tempoh sama tahun lepas.

“Berlaku pengurangan kes sebanyak 383 kes atau 9.35 peratus, tiada kes-kes ekstrem yang berlaku kecuali kes lazim seperti curi, ragut dan pergaduhan. Dengan dibawah pimpinan baharu ini, kadar jenayah akan dapat diturunkan lagi dengan lebih baik pada masa depan,” katanya.

Zamri juga berharap polis Sarawak akan memberi tumpuan kepada jenayah rentas sempadan yang berlaku di Tebedu, dekat Serian yang bersempadan dengan Kalimantan, Indonesia.

“Antara perkara dibangkitkan ialah kes penyeludupan dadah dari Sarawak ke Kalimantan, kita akan pastikan pusat pemeriksaan dikemaskan lagi oleh barisan hadapan kita, terus kolaborasi dengan Indonesia untuk pastikan siapa terlibat serta mengekang penyeludupan daripada terus berlaku,” katanya. – BERNAMA

Tags: polissarawak
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

Wanita Menyamar Kakitangan Hospital Sultanah Aminah Minta Bayaran Masuk Wad RM30

Wanita Menyamar Kakitangan Hospital Sultanah Aminah Minta Bayaran Masuk Wad RM30

22/04/2026
0

JOHOR BAHRU – Pihak pengurusan Hospital Sultanah Aminah Johor Bahru (HSAJB) memaklumkan wanita yang menyamar sebagai staf hospital meminta bayaran...

Objek Disyaki Serpihan Angkasa Dikesan di Ruang Udara Sarawak

Objek Disyaki Serpihan Angkasa Dikesan di Ruang Udara Sarawak

09/04/2026
0

KUALA LUMPUR – Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) menasihati orang ramai agar tidak menyentuh sebarang objek mencurigakan yang mungkin...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd