• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Warga Jepun Rai 110 Tahun Hijrah Ke Brazil

oleh
02/08/2018
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

BERSEJARAH… Apabila Eiki Shimabukuro, ketika itu dia baru berusia lapan tahun, meninggalkan Jepun dalam tahun 1959 bersama-sama ibu bapa dan lima orang adik beradiknya.

Mereka mengharungi pelayaran merentasi Lautan Pasifik dan Atlantik selama dua bulan menuju Brazil, para penumpang hanya diberikan reben yang menghubungkan mereka dengan yang ditinggalkan di Jepun.

Apabila kapal mula belayar jauh, reben akan meregang, terurai dan akhirnya putus. Keluarga itu mengikut berpuluh-puluh ribu warga Jepun yang telah berhijrah ke Brazil sejak awal abad ke-20.

“Itu adalah hubungan terakhir, pemandangan yang sangat sentuh jiwa,” ujar Shimabukuro, kini berusia 67 tahun. Baru-baru ini, Puteri Mako, cucunda perempuan Maharaja Akihito Jepun membuat perjalanan jauh ke Brazil.

Baginda berkenan melawat lebih 12 buah bandar utama di seluruh Brazil yang dikesan mempunyai simbol warisan Jepun dan sekali gus untuk meraikan ulang tahun ke-110 pelayaran pertama para perintis.

Kumpulan besar pertama seramai 781 orang warga Jepun, kebanyakannya petani, tiba di pelabuhan Santos di negeri Sao Paulo pada Jun 1908 dengan menaiki sebuah kapal kargo dan penumpang, Kasato Maru.

Dibelenggu hutang selepas revolusi perindustrian Jepun, para penghijrah mengharapkan pekerjaan baharu dalam penanaman kopi di negara Amerika Selatan itu yang kebetulan berdepan kekurangan pekerja.

Hari ini, Brazil memiliki komuniti terbesar nikkei di dunia, dengan bilangan 1.9 juta orang. Gelaran nikkei itu sebenarnya untuk rujuk para penghijrah Jepun dan juga keturunan mereka sekarang.

Pemusnahan dan kemiskinan yang disebabkan oleh Perang Dunia Kedua telah mencetuskan satu lagi gelombang penghijrah untuk lari daripada penderitaan di tanah air mereka yang tewas kepada tentera bersekutu.

“Selepas peperangan Jepun berada dalam situasi sukar, saya terpaksa datang ke Brazil pada usia 19 tahun, hidup bersendirian dan penuh dengan harapan,” kata Yoshiharu Kikuchi, 78 tahun.

Berasal dari utara Jepun, dalam beberapa tahun pertama di Brazil, dia menghabiskan masanya dengan mengusahakan sebidang tanah, sebelum berpindah ke Sao Paulo pada tahun 1965.

“Segala apa yang kami raih adalah yang amat sukar diperolehi,” ujarnya. “Banyak yang telah saya pelajari di sini.” Kini kebanyakan masyarakat nikkei telah berintegrasi dengan baik dalam masyarakat Brazil.

Tetapi generasi pertama berdepan dengan prejudis ketara, terutamanya dalam awal abad ke-20 ketika arus kebencian orang Barat terhadap orang asing, yang digelar ‘yellow peril’ (orang Asia).

Kikuchi yang mempunyai dua orang anak dan lima orang cucu, kesemuanya lahir di Brazil namun berkata dia tidak berhasrat untuk kembali semula ke Jepun.

Dalam usia persaraannya, dia menjadi sukarelawan bagi beberapa pertubuhan, salah sebuahnya yang menggunakan kaedah Jepun untuk membantu kanak-kanak autisme.

“Kehidupan terbuka bagi kita apabila bantu yang lain,” ujarnya. Ibu Rumi Kusumoto tiba di Brazil bersama keluarga dalam tahun 1910-an. Selepas tamat pengajian, dia kembali namun terkandas di kepulauan itu ketika peperangan.

Dia berkahwin dan mempunyai empat orang anak di Fukuoka, tetapi sepanjang masa amat merasakan ‘saudade’, istilah bahasa Portugal yang merujuk perasaan bangkitkan nostalgia dan kesayuan.

Rumi Kusumoto masih ingat bagaimana ibunya akan memasak makanan yang dipengaruhi masakan Brazil. Akhirnya dia pulang dalam tahun 1962 bersama-sama dengan keluarga baharunya.

“Saya dilahirkan untuk menjalani kehidupan di luar Jepun,” ujar Kusumoto. “Saya pantas terbiasa untuk berubah dan saya tidak fikir akan kembali.”

Bagaimanapun takdir menentukan sebaliknya. Dalam tahun 1970-an, dia diupah sebagai penterjemah bagi seorang lelaki Jepun untuk urusan perniagaan. “Pada hari terakhir, dia jemput saya makan malam dan melamar saya.”

Pasangan ini sanggup berbalas-balas surat sehingga Kusumoto pergi ke Tokyo bagi hari perkahwinan mereka. Namun pengembaliannya ke negara asalnya itu berlaku dengan kejutan budaya pula.

“Sebaik saja sepucuk surat tiba dari Brazil, suami saya bersedia dengan sapu tangan, katanya. “Dia tahu saya akan menangis.” Hari ini kehidupannya dibahagikan antara Jepun, Brazil dan Amerika Syarikat (AS).

Dua orang anaknya tinggal di AS. Namun dia menyedari di mana asal usulnya. “Saya lebih dikaitkan dengan Brazil,” ujarnya. “Ia adalah negara yang membuka semua pintu untuk saya.”

Berbeza dengan kisah Eiki Shimabukuro. Ketika kecil tiba di Brazil, dia mendapati dirinya sendiri tertawan: “Saya tidak pernah melihat begitu ramai warga asing,” dia mengingatinya dengan senyuman.

Selama beberapa tahun dia bekerja sebagai petani, sebelum meneruskan pengajian dalam bidang kejuruteraan dan kemudian mendapat pekerjaan di sebuah syarikat minyak kerajaan, Petrobras.

Dalam tahun 1984, dia mendapat biasiswa untuk belajar selama tiga bulan di Jepun. “Meskipun saya lahir di situ, saya merasa terkejut,” katanya. “Segalanya teratur dan dirancang, amat berbeza dari Brazil.”

Hari ini, di Brazil, dia tidak merancang untuk pulang ke kepulauan itu. Akan tetapi tinggal di negara kelahirannya telah menanamkan nilai-nilai tertentu dalam dirinya, ujarnya.

“Di Brazil, banyak yang telah kami belajar dari Jepun, dari segi kejujuran, etika dan moral,” katanya. “Terdapat nilai-nilai sangat positif yang boleh kita gabungkan di sini.” – AFP/Mynewshub.TV

Tags: Braziljepun
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

WWF-Malaysia Tidak Tahu Sebab Dara, Amoi Dan Kelat Dipindahkan Ke Jepun

WWF-Malaysia Tidak Tahu Sebab Dara, Amoi Dan Kelat Dipindahkan Ke Jepun

09/05/2026
0

KUALA LUMPUR – WWF-Malaysia menegaskan bahawa kebajikan tiga ekor gajah iaitu Dara, Amoi dan Kelat yang dipindahkan dari Zoo Taiping...

PM Anwar Arah NRES, Zoo Taiping Pastikan Kebajikan Tiga Gajah Di Jepun

PM Anwar Arah NRES, Zoo Taiping Pastikan Kebajikan Tiga Gajah Di Jepun

04/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Kebajikan tiga gajah Dara, Amoi dan Kelat yang kini berada di Jepun perlu menjadi keutamaan Kementerian Sumber...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd