• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Usah Ragu-Ragu Status Haji Kerana Kedatangan Haid

oleh Ahmad Albab
03/08/2018
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

MAKKAH – Sebilangan jemaah haji wanita didapati masih keliru dengan status sah haji mereka apabila dikaitkan dengan kedatangan haid ketika masyair sehingga terdapat antara jemaah yang mengalami kemurungan.

Pembimbing Ibadat Haji Tanah Suci Tabung Haji (TH) Yusnah Yusuf berkata ramai jemaah wanita beranggapan bahawa ibadah wukuf di Arafah dan melontar di Jamrah memerlukan mereka untuk suci daripada haid terlebih dahulu.

“Rasulullah SAW sendiri dalam sirahnya, Saidatina Aishah RA, apabila dia masuk mahu menunaikan haji, dia sendiri dalam keadaan haid dan sebagai seorang perempuan, memang amat menyedihkan apabila berkeadaan haid ketika mahu menunaikan ibadah.

“(Namun) Rasulullah SAW menjawab (kepada Saidatina Aishah), “jangan risau, sebenarnya semua ibadah boleh dilakukan dalam mengerjakan haji melainkan tawaf sahaja”,” katanya apabila ditemui di sini, hari ini.

Justeru, katanya tidak timbul masalah ibadah tidak dikira sekiranya jemaah wanita yang sedang haid ini berwukuf di Arafah, bermalam di Muzdalifah dan melontar jamrah pada hari-hari tasyrik.

Yusnah berkata sekiranya sedang haid, jemaah-jemaah wanita ini boleh melakukan rukun-rukun haji lain terlebih dahulu dan kemudian menunggu hingga suci sebelum melakukan tawaf.

Beliau berkata kekeliruan ini mungkin berpunca daripada kekurangan kefahaman jemaah berkenaan masalah darah, haid dan permasalahan haji itu sendiri.

“Bila kita sedang dalam ihram itu sendiri, kita dekat dengan Allah SWT dan kita bersabar dengan fitrah yang Allah SWT kurniakan kepada kita kerana haid ini adalah fitrah bagi wanita,” katanya.

Katanya larangan dalam ihram sebenarnya bukan penghalang bagi emaah wanita untuk menunaikan ibadah haji, yang mana kebanyakan jemaah bimbang yang mereka terpaksa bayar dam banyak kerana melanggar larangan ihram.

Jemaah haji katanya harus memahami dengan lebih mendalam mengenai dua konsep larangan ihram iaitu taraffuh dan itlaf.

Bagi larangan berkaitan taraffuh, Yusnah berkata jemaah yang melanggarnya secara tidak sengaja atau terlupa dan segera memperbetulkannya, mereka tidak akan dikenakan dam.

Kebanyakan jemaah wanita katanya bimbang dengan larangan ihram berkaitan dengan itlaf seperti memotong rambut dan kuku.

“Dalam kategori itlaf ini (sebenarnya) ada tiga keadaan, iaitu yang pertama, sekiranya ia gugur dengan tidak sengaja atau secara semulajadi seperti gugurnya daun dari pokok, kita tidak perlu membayar dam (ke atasnya),” katanya.

Sekiranya larangan itlaf ini dilakukan kerana terlupa atau tabiat dan atas usaha atau perbuatan jemaah itu sendiri, maka beliau berkata tersebut hanya dikenakan dam dan ia tidak berdosa.

Setelah permasalahan ini dijelaskan oleh pihak PIHTAS kepada pengadu, beliau berkata mereka kebiasaannya akan merasa tenang untuk menghadapi tempoh yang lama dalam waktu ihram.

“Masalah berkaitan haid ini sebenarnya bukan hanya perlu diketahui oleh wanita sahaja, malah suami mereka juga wajib mempelajari hukum berkenaan haid ini,” katanya – BERNAMA

Tags: jemaah hajiWanita
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

DAP Umum Bertanding 17 Kerusi DUN Johor, Letak Ramai Calon Wanita

DAP Umum Bertanding 17 Kerusi DUN Johor, Letak Ramai Calon Wanita

18/06/2026
0

KLUANG - DAP mengumumkan akan bertanding di 17 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor mewakili Pakatan Harapan (PH) dalam Pilihan...

Jaslinda Ditemui Selamat Di Perkampungan Orang Asli

Jaslinda Ditemui Selamat Di Perkampungan Orang Asli

06/06/2026
0

TAPAH - Pendaki wanita, Jaslinda Saludin, 49, yang hilang ketika mendaki di kawasan Gunung Batu Putih di Ipoh, Perak dilaporkan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd