• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, October 31, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tayangan Awal Munafik 2 Lebur Rekod Hantu Kak Limah

oleh Cj Mnh
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PETALING JAYA – Filem sekuel arahan Syamsul Yusof, Munafik 2 yang secara rasmi ditayangkan hari ini berjaya meleburkan rekod Hantu Kak Limah (HKL) untuk slot tayangan awal atau sneak preview setelah mengutip sebanyak RM2.05 juta semalam.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan Skop Productions selaku syarikat produksi yang menerbitkan filem berkenaan, jumlah tersebut merangkumi kutipan yang dibuat di tiga buah negara iaitu Malaysia, Brunei dan Singapura.

Kutipan tersebut sekali gus memadamkan rekod yang dicatatkan oleh HKL pada awal bulan ini iaitu sebanyak RM650,000.

Kos pembikinan filem ke-40 terbitan syarikat itu dan yang ke-10 arahan pengarah muda berkenaan telah menelan belanja sebanyak RM2.8 juta.

Filem Munafik yang ditayangkan pada 2016 berjaya meraih kutipan keseluruhan sebanyak RM17 juta dengan kos sebanyak RM1.6 juta.

Selain Syamsul, pelakon lain yang turut membintangi Munafik 2 ialah Maya Karin, Nasir Bilal Khan, Asmawi Ani, Datuk Fizz Fairuz, Datuk Rahim Razali, Weni Penca, Ku Faridah dan Fauzi Nawawi. – UTUSAN ONLINE

Tags: kutipanMunafik 2
Share199Tweet125SendShare

Related Posts

UMNO Lancar Tabung Sumbangan Bantu Najib Lunas Denda RM50 Juta

UMNO Lancar Tabung Sumbangan Bantu Najib Lunas Denda RM50 Juta

18/09/2026
0

KUALA LUMPUR - UMNO melancarkan kutipan Tabung Sumbangan bagi membantu Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak melunaskan denda berjumlah RM50...

JPJ Kutip RM101.9 Juta Bayaran Saman ‘Flat Rate’

JPJ Kutip RM101.9 Juta Bayaran Saman ‘Flat Rate’

24/08/2025
0

MACHANG: Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) merekodkan kutipan lebih RM101.9 juta melalui inisiatif Kadar Kompaun Khas Kadar Rata (Flat Rate) yang...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd