• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, October 4, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

JPJ Kutip RM101.9 Juta Bayaran Saman ‘Flat Rate’

oleh Mohd Arshad
dalam Terkini
0
JPJ Kutip RM101.9 Juta Bayaran Saman ‘Flat Rate’
Share on FacebookShare on Twitter

MACHANG: Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) merekodkan kutipan lebih RM101.9 juta melalui inisiatif Kadar Kompaun Khas Kadar Rata (Flat Rate) yang diperkenalkan sejak Januari lalu.

Timbalan Ketua Pengarah (Perancangan dan Operasi ) JPJ, Datuk Jazmanie Shafawi, berkata kompaun itu membabitkan tiga kategori saman iaitu Sistem Keselamatan Kesedaran Automatik (AwAS), Notis 114 dan 115.

“Jumlah kutipan saman itu dibayar menerusi empat saluran iaitu kaunter JPJ, portal awam, kiosk dan MyJPJ.

“Bagi saman AwAS merekodkan kutipan lebih RM95.3 juta membabitkan 635,294 notis, manakala bagi Notis 114 adalah sebanyak 35,183 notis membabitkan kutipan RM5.2 juta dan Notis 115 pula berjumlah 8,266 notis membabitkan lebih RM 1.23 juta,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas penyerahan bendera dan topi keledar sempena operasi dan Program Semarak Kemerdekaan 2025 di Stesen Penguatkuasa (SPK) Labok, Machang, di sini, hari ini.

Beliau berkata, orang ramai masih berpeluang untuk tampil membayar saman berkenaan memandangkan tempoh tawaran dilanjutkan sehingga Disember ini.

Media sebelum ini melaporkan, JPJ melanjutkan tempoh Tawaran Bayaran Kadar Kompaun Khas (Flat Rate) RM150 sehingga 31 Disember ini.

Ketua Pengarah JPJ, Datuk Aedy Fadly Ramli, dilaporkan berkata, tawaran ini hanya membabitkan tiga kategori saman iaitu saman AwAS yang bermula Oktober 2018, Notis 114 dan Notis 115 dari tahun 2023 ke bawah.

Sementara itu mengulas Program Semarak Kemerdekaan, Jazmanie, berkata JPJ bukan sahaja berperanan memastikan undang-undang jalan raya dipatuhi tetapi juga bertanggungjawab menyampaikan mesej kepentingan disiplin, keselamatan dan patriotisme kepada masyarakat.

“Program ini bertujuan untuk menyemarakkan semangat patriotisme serta memupuk rasa cintakan negara, serta mengukuhkan kerjasama dengan Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan JPJ dalam melaksanakan pendekatan bersepadu sama ada dari aspek keselamatan mahu pun semangat kenegaraan.

“Kita mahu mengajak semua pengguna jalan raya turut serta mengibarkan Jalur Gemilang dengan penuh rasa bangga dan cinta kepada negara,” katanya.

BHonline-

Tags: JPJkutipansaman 'flat rate'
Share199Tweet124SendShare

Related Posts

MARA Lantik Bekas Tentera Sebagai Warden Sepenuh Masa Di Semua MRSM Mulai 2027

MARA Lantik Bekas Tentera Sebagai Warden Sepenuh Masa Di Semua MRSM Mulai 2027

29/09/2026
0

KUALA LUMPUR - Majlis Amanah Rakyat (MARA) akan melantik warden sepenuh masa dalam kalangan bekas anggota tentera di semua Maktab...

UMNO Lancar Tabung Sumbangan Bantu Najib Lunas Denda RM50 Juta

UMNO Lancar Tabung Sumbangan Bantu Najib Lunas Denda RM50 Juta

18/09/2026
0

KUALA LUMPUR - UMNO melancarkan kutipan Tabung Sumbangan bagi membantu Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak melunaskan denda berjumlah RM50...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd