• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, November 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Sungai Kandis Bukti PH Mula Lemah

oleh Haris
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KEPUTUSAN Pilihan Raya Kecil DUN Sungai Kandis di Selangor mencatatkan PKR mengekalkan kemenangan, tapi dengan majoriti yang jauh lebih kecil.

Peratus mengundi juga jauh lebih kecil yang menunjukkan ramai pengundi sama ada malas mengundi atau tidak percaya dengan parti bertanding.

Apa yang penting, undi bagi Pakatan Harapan (PH) merosot dengan banyak sekali, menunjukkan sebagian penyokong sudah tidak menunjukkan semangat seperti Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).

Boleh dikatakan penyokong dan pengundi atas pagar sudah mula hilang keyakinan untuk terus mengundi PH selepas banyak kelemahan kerajaan PH terdedah sejak lebih dua bulan lalu.

Faktor pengundi PAS tidak mengundi juga dikatakan satu faktor tetapi pengundi PAS hanya perarus yang sangat kecil dalam DUN ini.

Bagi Barisan Nasional (BN) faktor sentimen menolak BN yang masih kuat mungkin menjadi faktor di samping pemilihan calon.

Ini memberikan BN peluang untuk menilai semula keputusan dan pendekatan sekiranya bertanding lagi dalam pilihan raya kecil selepas ini.

BN juga mungkin perlu mempertimbangkan sama ada hendak bertanding atau menyerahkan dulu kepada PAS dalam satu kerjasama yang terhad pada masa ini.

Situasi hari ini berbeza dengan suasana sebelum PRU14 semasa BN masih lagi kerajaan di peringkat persekutuan. Kini UMNO dan BN ialah pembangkang.

Keputusan untuk mengundi dua parti pembangkang Melayu kali ini berdasarkan penilaian baru selepas PRU14, tetapi masih meletakkan faktor menewaskan PH sebagai matlamat.

Orang Melayu yang tidak menyokong PH menilai parti dan calon mana yang boleh diberi undi untuk menjadi wakil mereka dalam memastikan suara Melayu dan Islam dapat diangkat.

Sungai Kandis belum menampakkan corak dan mood yang jelas kerana masih awal, dan mungkin penyokong yang belum merasa kesan pemerintahan PH masih ramai.

Tetapi bagi pihak yang mahu mempertahankan hak Melayu dan ketinggian Islam dalam negara, jumlah undi di Sungai Kandis ialah satu petanda yang positif.

Cuma apa yang perlu diperbaiki dan diperhalusi ialah pemilihan parti bertanding, calon dan isu-isu yang hendak dikemukakan kepada pengundi.

Mood dan sentimen orang Melayu perlu dinilai dengan sebaiknya untuk membantu parti-parti Melayu membuat pilihan bertanding.

Sikap yang semakin kritis dengan PH ini akan meningkat seiring dengan tempoh mereka berkuasa kerana ada banyak lagi tindakan yang mencabar Melayu dan Islam akan dilakukan.

Ini tidak boleh disia-siakan oleh parti-parti Melayu kerana dominasi mereka dalam ruang politik dan sosial semakin kuat.

Parti-parti Melayu kini menjadi tempat bergantung bagi orang Melayu menyampaikan hasrat dan kebimbangan mereka dalam Malaysia yang semakin dikuasai DAP dan golongan liberal anti-Islam ini.

Mungkin ada yang resah dengan keputusan Sungai Kandis kerana PH terus menang, selepas mereka gagal menunaikan janji-janji utama mereka dalam manifesto.

Sungai Kandis telah menyediakan pengajaran yang berguna bagi UMNO dan PAS dalam meneruskan kerjasama mereka demi Melayu dan Islam.

Apa yang penting, pilihan raya kecil pertama selepas PRU14 ini sudah menunjukkan tanda jelas sokongan untuk PH yang semakin merosot. – Mynewshub.tv

Tags: PASPRK Sungai KandisUMNO
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

PAS Gesa Kerajaan Jelaskan Kelewatan Pelaksanaan Titah Pengampunan Najib

PAS Gesa Kerajaan Jelaskan Kelewatan Pelaksanaan Titah Pengampunan Najib

07/11/2026
0

KUALA LUMPUR - PAS menggesa kerajaan, khususnya Jabatan Peguam Negara (AGC), memberikan penjelasan tuntas berhubung kelewatan pelaksanaan titah pengampunan bersyarat...

PMX Anwar Tidak Setuju UMNO Bantu Najib Bayar RM50 Juta

PMX Anwar Tidak Setuju UMNO Bantu Najib Bayar RM50 Juta

06/11/2026
0

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim secara peribadi tidak bersetuju dengan tindakan UMNO membantu bekas Perdana Menteri,...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd