• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, January 16, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Saya Akan Pantau Pembinaan Lebuhraya Pan Borneo

oleh
05/08/2018
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

SIBU – Menteri Kerja Raya Baru Bian berkata beliau secara peribadi akan memantau projek Lebuhraya Pan Borneo yang sedang dalam pembinaan.

Beliau berkata itu adalah komitmennya untuk memastikan projek mega meliputi Sarawak dan Sabah itu dilaksanakan dengan jayanya dan mengikut jadual.

“Buat permulaan, saya merancang untuk melakukan lawatan ke tapak-tapak pembinaan dari Telok Melano (Lundu), Kuching ke Miri di bahagian Sarawak bersama-sama dengan pegawai kementerian bagi fasa pertama pembinaan.

“Kemudian kami akan melakukan lawatan ke bahagian di Sabah bermula dari Limbang (Sarawak). Jadualnya sedang diaturkan,” katanya kepada pemberita di sini, malam tadi selepas merasmikan sambutan Hari Guru Daerah Selangau.

Lebuhraya sepanjang 2,325-kilometer itu membabitkan kos kira-kira RM29 bilion dijadual siap pada 2021. Kos itu bagaimanapun sedang disemak semula.

Sementara itu, Baru berkata kedudukannya sebagai Menteri Kerja Raya telah meningkatkan, pengetahuannya terutamanya tentang sistem rangkaian jalan raya dan bangunan-bangunan kerajaan di seluruh negara.

“Tetapi bagi Sarawak, ia masih ketinggalan. Adalah menjadi agenda kerajaan baharu PH di bawah pimpinan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad untuk membaikinya di sebalik kekangan kewangan,” katanya.

Menurutnya, kerajaan PH fokus pada pendekatan holistik, bebas amalan rasuah dan salah guna kedudukan bagi semua projek yang akan dilaksanakan secara pengurusan telus menerusi tender terbuka. – BERNAMA

Tags: Lebuhraya Pan Borneo
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Pan Borneo Sarawak Fasa 1 Buka Sepenuhnya Suku Kedua Tahun Ini

Pan Borneo Sarawak Fasa 1 Buka Sepenuhnya Suku Kedua Tahun Ini

09/04/2024
34

KUCHING - Projek Lebuhraya Pan Borneo (LPB) Sarawak fasa satu bakal dibuka sepenuhnya pada suku kedua tahun ini. IKUTI CHANNEL...

Tiga Pakej Lebuhraya Pan Borneo Sabah Siap Hujung Tahun Ini

Tiga Pakej Lebuhraya Pan Borneo Sabah Siap Hujung Tahun Ini

26/09/2022
0

PAPAR - Tiga daripada 35 pakej fasa satu projek Lebuhraya Pan Borneo (LPB) Sabah dijangka siap sepenuhnya menjelang hujung tahun...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd