• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, May 25, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Sabah Perlu Diberi Perhatian Sama Rata Dengan Semenanjung

oleh Ahmad Albab
20/08/2018
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KOTA KINABALU – Sabah perlu diberi perhatian khususnya dari segi pembangunan yang sama rata dengan Semenanjung, kata Naib Presiden PKR Rafizi Ramli.

Beliau berkata perkara itu perlu diberikan keutamaan kerana Sabah ialah satu daripada tiga wilayah yang terlibat dalam pembentukan Malaysia.

“Saya melihat pembangunan infrastruktur khususnya jalan raya di Sabah ketinggalan berbanding negeri-negeri lain di Semenanjung dan perkara itu perlu diberi perhatian dalam Malaysia baharu ini,” katanya ketika berucap pada Majlis Makan Malam dan Pelancaran Tabung Reformasi 20 Tahun, di sini malam tadi. Turut hadir Pengerusi PKR Sabah Christina Liew.

Kehadiran Rafizi di Sabah adalah dalam siri kempen untuk bertanding jawatan timbalan presiden PKR pada pemilihan parti itu dan bakal berdepan penyandang Datuk Seri Mohamed Azmin Ali yang akan mempertahankan jawatan itu.

Beliau berkata kerajaan persekutuan sebelum ini menyalurkan peruntukan kepada kerajaan negeri Sabah atas tujuan pembangunan namun dana berkenaan tidak sampai ke tempat yang sepatutnya. “Oleh itu diharapkan agar selepas Datuk Seri Anwar Ibrahim (menang tanpa bertanding jawatan presiden PKR) dilantik menjadi perdana menteri kelak, beliau akan segera bertindak mengembalikan keistimewaan Sabah,” tambahnya.

Sabtu lepas Rafizi tiba di Sabah untuk menghadiri program Bicara Reformasi di Sandakan dan Tawau sebelum meneruskan program berkenaan di Kota Kinabalu semalam. – BERNAMA

Tags: Rafizi RamliSabah
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Beberapa Guru Nyaris Hilang Nyawa Akibat Brek Keretapi Gagal Berfungsi Dalam Kejadian Di Sabah, Pagi Tadi

Beberapa Guru Nyaris Hilang Nyawa Akibat Brek Keretapi Gagal Berfungsi Dalam Kejadian Di Sabah, Pagi Tadi

03/03/2026
0

Oleh Mynewshub  TENOM: Sebuah keretapi yang membawa beberapa guru dari Sekolah Kebangsaan Pangi, Tenom dilaporkan mengalami masalah brek gagal berfungsi...

Rafizi Persoal Ketepatan Angka Defisit Fiskal Negara

Rafizi Persoal Ketepatan Angka Defisit Fiskal Negara

26/01/2026
0

KUALA LUMPUR - Ahli Parlimen Pandan, Datuk Seri Rafizi Ramli mempersoalkan ketepatan angka defisit fiskal negara dengan alasan bahawa bayaran...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd