• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, May 23, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Prestasi Kewangan Johor Dalam Kedudukan Baik – MB

oleh Ahmad Albab
13/08/2018
dalam Politik, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

ISKANDAR PUTERI – Prestasi kewangan negeri Johor berada dalam kedudukan baik dengan mencatatkan lebihan berjumlah RM68.21 juta berakhir pada 30 Jun lepas.

Menteri Besar, Datuk Osman Sapian berkata jumlah hasil yang diterima adalah sebanyak RM707.45 juta manakala jumlah perbelanjaan RM639.24 juta.

“Jumlah simpanan rezab Kerajaan Negeri Johor yang berakhir pada 30 Jun lepas adalah berjumlah RM2.585 bilion,” katanya pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor di sini hari ini.

Beliau menjawab soalan Ayub Jamil (BN-Rengit) yang ingin tahu status kewangan Kerajaan Negeri berakhir 30 Jun 2018 dan perancangan Kerajaan Negeri bagi mengukuhkan kewangan serta usaha menambah hasil Kerajaan Negeri.

Osman berkata kerajaan Pakatan Harapan sentiasa komited dalam mengukuhkan lagi kedudukan kewangan bagi memberi perkhidmatan terbaik kepada masyarakat.

Beliau berkata antara agenda utama bagi mencapai kestabilan fiskal adalah Bajet Telus dan Pengurusan Kewangan Berintegriti, Bajet Berpandukan Keutamaan Negeri serta Bajet Berimbang Secara Struktur.

Tiga fokus utama bagi agenda Bajet Telus dan Pengurusan Kewangan Berintegriti adalah meningkatkan kefahaman dan akauntabiliti para pegawai pengawal pusat-pusat tanggungjawab kewangan, mewujudkan budaya kecemerlangan pengurusan kewangan jabatan-jabatan melalui bina upaya modal insan serta membudayakan integriti dalam pengurusan perolehan dan aset.

“Dua fokus utama bagi agenda Bajet Berpandukan Keutamaan Negeri adalah mengurangkan konsep siling dalam peruntukan untuk memberi lebih penekanan kepada keperluan sebenar jabatan, projek dan program serta menekankan kepentingan penghasilan ‘outcome’ melalui kajian semula terutama kepada projek atau program yang dijalankan secara tradisi.

“Tiga fokus utama bagi agenda Bajet Beimbang Secara Struktur pula adalah mencapai kestabilan fiskal untuk jangka masa panjang bagi memastikan kemampuan kewangan Kerajaan Negeri Johor, menstruktur semula hasil kerajaan bagi memastikan peningkatan jenis dan amaun Hasil Berulang seperti hasil cukai tanah, cukai air mentah, cukai jalan raya serta faedah daripada simpanan tetap serta mengurus dan mengawal peningkatan perbelanjaan berulang supaya tidak melebihi Hasil Berulang termasuk gaji (mengawal pewujudan jawatan atau unit baru), elaun sewaan pembayaran tertangguh serta lain-lain komitmen,” katanya.

Menurutnya, Kerajaan Negeri juga akan mengurangkan kebergantungan kepada Hasil Tidak Berulang seperti premium tanah, bayaran proses kepada pejabat tanah, lesen-lesen dan pulangan daripada agensi-agensi.

Osman berkata beliau mengambil maklum tentang kekhuatiran sesetengah pihak yang mendakwa Kerajaan Negeri akan mengalami kerugian sekiranya janji-janji seperti yang tertulis dalam manifesto dilaksanakan.

“Ingin saya tegaskan di sini, dengan pelan yang telah saya nyatakan sebentar tadi, ia diyakini mampu untuk mengukuh dan menambah hasil Kerajaan Negeri.

“Pendek kata, ahli-ahli dewan sekalian tidak usah khuatir dengan kedudukan kewangan negeri kerana kami di pihak kerajaan Pakatan Harapan Johor mempunyai perancangan yang holistik untuk kebaikan semua pihak terutamanya rakyat yang memberi mandat kepada kami,” katanya. – BERNAMA

Tags: JohorOsman Sapian
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Tiada ‘U-Turn’: BN Johor Arah Jentera Siap Siaga Hadapi PRN, Bertanding 56 Kerusi DUN

Tiada ‘U-Turn’: BN Johor Arah Jentera Siap Siaga Hadapi PRN, Bertanding 56 Kerusi DUN

22/05/2026
0

JOHOR BAHRU - Barisan Nasional (BN) Johor tetap dengan keputusan bertanding semua 56 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) pada Pilihan...

Peluang Terakhir Untuk BN Berubah, Kerjasama PRN Atau Hadapi Tentangan PH – Suhaizan

Peluang Terakhir Untuk BN Berubah, Kerjasama PRN Atau Hadapi Tentangan PH – Suhaizan

18/05/2026
0

JOHOR BAHRU - Ahli Parlimen PH Pulai, Suhaizan Kaiat menyifatkan ucapan Pengerusi Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Anwar Ibrahim Konvensyen...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd