• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, June 16, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Perkeso Buru Majikan Tak Berdaftar Dalam Ops Kesan 2018

oleh
01/08/2018
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

BANGI – Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) telah mengeluarkan sebanyak 18,437 notis kompaun kepada majikan bernilai RM13.52 juta, atas kesalahan gagal mendaftar perusahaan dan pekerja sejak Operasi Pengesanan Majikan (Ops Kesan) dimulakan pada 2009 hingga 30 Jun tahun ini.

Ketua Eksekutif PERKESO, Datuk Seri Dr Mohammed Azman Aziz Mohammed berkata dalam tempoh yang sama sebanyak 12,392 kes telah diambil tindakan pendakwaan atas pelbagai kesalahan.

Daripada jumlah itu, 4,019 kes atau 32.43 peratus adalah atas kesalahan gagal mendaftar perusahaan dan pekerja.

“Walaupun kita telah melaksanakan Ops Kesan ini setiap tahun, PERKESO percaya masih terdapat majikan-majikan yang ada menggaji pekerja tetapi belum mendaftar terutamanya majikan-majikan yang baru menyertai industri,” katanya dalam sidang media selepas mengetuai program penguatkuasaan ke atas dua majikan di Bandar Sri Putra, Kajang hari ini.

Terdahulu, Mohammed Azman merasmikan pelancaran Ops Kesan Peringkat Kebangsaan kali ke-10 di Bandar Baru Bangi.

Operasi melibatkan kira-kira 500 orang petugas bahagian penguatkuasaan PERKESO itu dijalankan serentak di seluruh negara sehingga akhir tahun ini bagi mengesan majikan yang gagal mendaftar.

Selain mengesan majikan yang belum mendaftar di bawah Akta Keselamatan Sosial Pekerja 1969 (Akta 4), Ops Kesan tahun ini juga akan memberi tumpuan kepada majikan di bawah Akta Sistem Insurans Pekerjaan (SIP) 2017 (Akta 800) yang berkuatkuasa mulai 1 Januari 2018.

“Kegagalan majikan mendaftar di bawah kedua-dua Akta itu boleh dijatuhi hukuman denda sehingga RM10,000 atau penjara sehingga dua tahun, atau kedua-duanya, sekiranya sabit kesalahan di mahkamah,” kata Mohammed Azman.

Bagaimanapun, beliau menambah bagi Akta 800, majikan tidak akan terus dikenakan kompaun sebaliknya mereka akan diberi Arahan Pematuhan yang perlu diselesaikan dalam tempoh 30 hari bermula tarikh surat dikeluarkan.

“Ia akta baru yang belum semua majikan tahu dan jelas mengenainya. Kita tidak terus salahkan majikan.

“Oleh itu, arahan pematuhan tersebut bertujuan supaya majikan hadir ke mana-mana pejabat cawangan PERKESO, mendaftar atau tunjuk bukti bahawa mereka telah mendaftar, supaya kita dapat maklumat dan rekod mengenai perusahaan dan pekerja mereka,” katanya.

Beliau menegaskan bukan hasrat PERKESO dan Kementerian Sumber Manusia untuk menyusahkan majikan, tetapi ia bagi menjamin majikan dan pekerja sekiranya berlaku sesuatu yang tidak diingini.

Melalui Seksyen 5(1) Akta 4 (Pindaan 2016), semua majikan yang menggaji seorang pekerja atau lebih, wajib mendaftar dengan PERKESO bagi memberi perlindungan keselamatan sosial tanpa mengira had gaji yang dibayar kepada pekerja tersebut. – BERNAMA

Tags: Perkeso
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Perlindungan Perkeso 24 Jam Berkuat Kuasa Mulai Hari Ini

Perlindungan Perkeso 24 Jam Berkuat Kuasa Mulai Hari Ini

31/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Lebih 9 juta pencarum di bawah Akta Keselamatan Sosial Pekerja 1969 kini secara automatik dilindungi sepenuhnya daripada...

RUU Pekerja Gig 2025: Cuepacs Desak Perlindungan Sosial Pekerja

RUU Pekerja Gig 2025: Cuepacs Desak Perlindungan Sosial Pekerja

25/08/2025
0

SHAH ALAM - Perluasan perlindungan sosial seperti akses kepada Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), caruman skim Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO),...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd