• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, May 25, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pelbagai Agensi Terlibat Kawal Kapal Equanimity – KPN

oleh Ahmad Albab
12/08/2018
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

TANJUNG MALIM – Mesyuarat khas bagi menyelaraskan kawalan keselamatan ke atas kapal layar mewah ‘Equanimity’ telah diadakan semalam melibatkan pelbagai agensi berkaitan, kata Ketua Polis Negara Tan Sri Mohamad Fuzi Harun.

Beliau berkata selain pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM), turut terlibat mengawal kapal layar itu ialah Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), Pasukan Gerakan Am, Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) dan Boustead Naval (BN) Shipyard .

“Kawalan diselaraskan secara 24 jam dengan 18 kru kapal bertugas di dalam kapal itu,” katanya pada ​​​​​​​sidang media selepas majlis perbarisan tamat latihan dan penyampaian sijil pelantikan pegawai Kor Suksis Universiti Awam kali ke-14 di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) Kampus Sultan Azlan Shah di Proton City di sini, hari ini.

Mohamad Fuzi berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad semalam bahawa kapal mewah Equanimity tidak akan dipamerkan kepada umum bagi menjaga kualiti serta kekemasan kapal itu.

Kapal layar itu dianggarkan bernilai RM1 bilion, dipercayai mempunyai hubung kait dengan seorang ahli perniagaan yang menjadi buruan, Low Taek Jho, atau Jho Low, kini berlabuh di Boustead Cruise Centre, Pelabuhan Klang selepas tiba di Malaysia pada 7 Ogos selepas diserahkan oleh pihak berkuasa Indonesia. – BERNAMA

Tags: EquanimityTan Sri Mohamad Fuzi Harun
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Harga Penuh Equanimity Dibayar Dalam Tempoh Ditetapkan

11/01/2020
0

PUTRAJAYA - Genting Malaysia Bhd. menjadi pemilik baru kapal layar mewah Equanimity selepas keuntungan jualan lebih RM0.5 bilion dikreditkan ke...

Kapal Persiaran Mewah Berkait Jho Low Dijual Semula

20/10/2019
0

PETALING JAYA - Kapal persiaran mewah yang dikaitkan dengan ahli perniagaan yang dikehendaki Low Taek Jho dilaporkan dijual semula, lebih...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd