• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, May 18, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Harga Penuh Equanimity Dibayar Dalam Tempoh Ditetapkan

oleh
11/01/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Genting Malaysia Bhd. menjadi pemilik baru kapal layar mewah Equanimity selepas keuntungan jualan lebih RM0.5 bilion dikreditkan ke dalam akaun 1MDB yang dibuka khas untuk tujuan itu, kata Peguam Negara, Tommy Thomas.

Beliau berkata harga penuh bagi pembelian itu dibayar dalam tempoh ditetapkan.

“Seluruh episod daripada waktu kapal mewah itu belayar masuk ke perairan Malaysia pada Ogos 2018 dan ditahan susulan perintah dikeluarkan Mahkamah Admiralti sehingga penjualannya menerusi perjanjian persendirian, dilaksanakan mengikut standard tertinggi undang-undang maritim, setara dengan setiap sistem undang-undang berwibawa,” katanya semasa berucap merasmikan Tahun Undang-Undang 2020, hari ini.

Thomas berkata semuanya dilakukan secara terbuka, telus dan berakauntabiliti.

“Setiap orang yang terlibat dalam pentadbiran keadilan patut berbangga dengan pelaksanaan undang-undang dalam memperoleh aset negara itu untuk manfaat awam,” katanya.

Kapal layar itu dipercayai dibeli oleh ahli perniagaan dalam buruan Low Taek Jho atau lebih dikenali Jho Low, pada harga AS$250 juta yang didakwa menggunakan wang dikaitkan dengan 1MDB.

Pada April 2019, dilaporkan Genting Malaysia Bhd atau syarikat tujuan khasnya (SPV) membeli Equanimity pada harga AS$126 juta.

Thomas berkata kelulusan Sheriff bagi penjualan menerusi perjanjian persendirian bagi Equanimity pada harga lebih RM6.4 juta itu dibayar pada Disember 2019 merupakan satu rekod dalam sejarah perundangan Malaysia.

Tags: EquanimityGentingkapal layar mewahTommy Thomas
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Gesa Siasat Tommy Thomas Tulis Surat Mohon Maaf Kepada Kumpulan Sulu

Gesa Siasat Tommy Thomas Tulis Surat Mohon Maaf Kepada Kumpulan Sulu

15/06/2023
0

KUALA LUMPUR: Enam Ahli Parlimen Gabungan Rakyat Sabah (GRS) menggesa kerajaan menyiasat tindakan mana-mana pihak yang mencetuskan ruang memanipulasi mekanisme...

‘Perbicaraan Adil Untuk Najib, RCI Ke Atas Thomas’

‘Perbicaraan Adil Untuk Najib, RCI Ke Atas Thomas’

08/12/2022
0

Umno mesti kekal bertindak sebagai pendorong, semak dan imbang kepada kerajaan semasa tanpa kompromi, kata ahli Majlis Kerja Tertingginya Mohd...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd