Friday, July 19, 2024

Creating liberating content

V Shem/Wee Kiong, Nicol...

KUALA LUMPUR - Beregu badminton negara, Goh V Shem dan Tan Wee Kiong...

Jari Bayi Hampir Putus...

SEORANG bayi berusia dua bulan nyaris hilang ibu jari kiri tangannya selepas ia...

Kedatangan Pelancong Saudi Bakal...

PADANG RENGAS - Jumlah kehadiran pelancong Arab Saudi ke Malaysia akan bertambah hasil...

Suasana Sedih Menyelubungi Batu...

BATU PAHAT - Mayat 13 orang rakyat Malaysia yang terbunuh dalam nahas bas...

Kapal Persiaran Mewah Berkait Jho Low Dijual Semula

PETALING JAYA – Kapal persiaran mewah yang dikaitkan dengan ahli perniagaan yang dikehendaki Low Taek Jho dilaporkan dijual semula, lebih setahun selepas Genting membelinya daripada kerajaan Malaysia pada harga AS$126 juta (RM523 juta).

Laporan media berkata kapal sepanjang 91m itu, yang dinamakan Tranquility oleh Genting, disenaraikan untuk jualan di broker kapal persiaran Camper & Nicholsons. Belum pasti bila Genting meletakkan kapal persiaran itu untuk dijual.

Ia dipaparkan di laman web C&N sebagai boleh didapati pada harga yang tidak dinyatakan, boleh diperoleh apabila dipohon, manakala laporan media memetik harga tawaran AS$200 juta.

Ia juga disenaraikan di C&N sebagai boleh dicarter pada harga 1.1 juta Euros (RM5.14 juta) setiap minggu.

Kapal persiaraan yang sebelum ini dikenali sebagai Equanimity itu menarik perhatian media apabila ia dikaitkan dengan Low, yang dikehendaki oleh pihak berkuasa untuk disoal mengenai skandal 1MDB.

Tranquility jadi bahan berita pada Ogos selepas model Kylie Jenner dilaporkan menyewanya untuk sambutan hari kelahirannya yang ke-22. – FMT

Kategori