• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pelawak Hazmeer Perlu RM18,000 Rawat Jantung Anak

oleh Ahmad Albab
04/08/2018
dalam Artis, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PELAWAK Hazmeer Hassan berhadapan ujian besar apabila cahaya mata pertamanya berdepan masalah jantung sejak dilahirkan dua bulan lalu.

Ahli kumpulan XOXO ini berkata, bayi lelaki yang dilahirkan pada 16 Jun lalu itu mempunyai masalah injap jantung terbalik yang menyebabkan kekurangan darah memasuki paru-paru.

“Penyakit itu dikesan selepas setenggah jam dia dilahirkan dan doktor memanggil saya untuk menjelaskan keadaan kesihatannya.

“Sejak dia dilahirkan saya belum sempat mendukungnya dan hanya mampu melihat daripada inkubator sahaja,” ujarnya kepada mStar Online.

Fad Bocey, Ajak dan Shahrol Shiro antara rakan artis yang tampil merayu bantuan untuk Hazmeer.

Hazmeer berkahwin dengan Siti Zafirul Azzah pada Ogos tahun lalu.

Bayi yang diberi nama Muhammad Sher Harraz itu kini dirawat di wad penjagaan intensif untuk bayi (NICU) di Hospital Melaka.

Sementara itu, dia yang bekerja sebagai penyampai sambilan di Melaka FM sudah mendapatkan rawatan di Institut Jantung Negara (IJN).

“Sudah dua kali ke IJN bagi pemeriksaan dan pada fasa pertama doktor beritahu akan buat pembedahan bagi menambah saluran darah ke paru-paru.

“Kos kasar mencecah RM18,000 dan saya akui pendapatan sebagai freelance agak membebankan untuk kami menanggung kos besar itu,” ujarnya.

Kumpulan XOXO dianggotai oleh Wan (kiri), Wan Gegau (tengah) dan Hazmeer.

Hazmeer berterima kasih kepada rakan-rakan selebriti yang memberi sokongan dan bantuan kepada dia dan keluarga.

Katanya, bantuan yang dipohon itu adalah bagi meringgankan beban untuk menyelamatkan nyawa kanak-kanak itu semata-mata dan tiada niat untuk mengambil kesempatan.

“Alhamdulillah, ada pihak yang membuat kutipan dan mohon bantuan untuk kos rawatan anak saya. Saya berterima kasih kepada yang ingin membantu,” ujarnya.

Berita tentang penyakit dan bantuan kos rawatan itu menjadi tular dan dimuat naik oleh beberapa selebriti terkenal tanah air. – mStar Online

Tags: anakpelawak
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Tak Bolehkah Sementara Bantu Anak Melayu Bumiputera Kita Bantu Juga Anak Kita Yang Lain? – PM Anwar

Tak Bolehkah Sementara Bantu Anak Melayu Bumiputera Kita Bantu Juga Anak Kita Yang Lain? – PM Anwar

23/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan bantuan kepada rakyat tidak seharusnya dilihat dari sudut kaum semata-mata,...

Pelakon Jalil Hamid Meninggal Dunia Pada Usia 69 Tahun

Pelakon Jalil Hamid Meninggal Dunia Pada Usia 69 Tahun

04/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Pelakon, penyanyi dan pelawak tanah air, Jalil Hamid, 69, meninggal dunia dalam tidur di rumahnya tengah hari...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd