Monday, May 6, 2024

Creating liberating content

Pengering Rambut Sebagai Perangkap...

SEORANG nenek yang bimbang dengan kenderaan yang dipandu laju di depan rumahnya telah menggunakan...

Pakatan Harapan Lemah Dalam...

PETALING JAYA - Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad mengakui kelemahan komunikasi yang...

Telefon Hitler Dijual RM1...

TELEFON yang menjadi rebutan ramai kerana dikatakan digunakan oleh Adolf Hitler dan dijual...

Berapa Banyak Bisnes Yang...

Tiada sebab mengapa anda tidak boleh hidup senang dan bergelar jutawan suatu hari...

Pasaraya Di P.Pinang Sesak Menjelang Pelaksanaan SST

GEORGE TOWN – Orang ramai berpusu-pusu membeli barangan keperluan dalam jumlah yang banyak di sebuah pasaraya di sini menjelang pelaksanaan Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) esok.

Tinjauan Bernama di Pasaraya GAMA mendapati orang ramai beratur panjang di hadapan kaunter juruwang untuk membuat bayaran sehingga menimbulkan keadaan yang agak sesak.

Kebanyakan daripada troli dipenuhi oleh makanan mentah dan makanan proses, minuman, kelengkapan pencucian rumah dan kelengkapan peribadi.

Seorang lelaki yang membeli barangan sehingga tiga troli penuh berkata kebiasaannya dia tidak membeli barangan keperluan sebanyak ini namun beliau bimbang jika berlaku kenaikan harga apabila SST dilaksanakan esok.

Sementara itu Pengurus Kanaan Bahagian Pemasaran GAMA Leong Hau Soon berkata pelaksanaan SST tidak mungkin menyebabkan kenaikan harga barangan keperluan harian seperti beras, minyak masak dan roti yang dikecualikan daripada SST.


Bagaimanapun Leong berkata kebanyakan pelanggan tidak mengetahui secara jelas barangan mana yang mengalami kenaikan harga ekoran SST, justeru berdasarkan naluri, mereka membeli barangan dalam jumlah yang banyak.

“Pihak berkuasa akan hanya mengeluarkan senarai barangan yang akan mengalami kenaikan harga esok.” katanya sambil menambah jumlah pelanggan yang ramai hari ini adalah kerana cuti umum sempena Hari Kebangsaan serta tawaran potongan harga sempena Hari Merdeka. – BERNAMA

  • Lagi berita berkaitan:
  • SST

Kategori