• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, November 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Operator E-Hailing Digesa Galakkan Pemandu Teksi Sertai Mereka

oleh
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Operator perkhidmatan e-hailing harus meningkatkan usaha menggalakkan lebih ramai pemandu teksi mendaftar dengan platform mereka, kata Menteri Pengangkutan Anthony Loke Siew Fook.

Beliau berkata migrasi kepada perkhidmatan e-hailing adalah seiring dengan trend global dan berharap langkah itu juga akan menamatkan persengketaan di antara pemandu teksi dan perkhidmatan e-hailing, sekali gus menambah baik industri pengangkutan awam negara.

“Saya merayu kepada penyedia perkhidmatan e-hailing agar lakukan yang terbaik untuk menggalakkan pemandu teksi sertai anda.

“Kita tidak mahu penyedia perkhidmatan e-hailing dan pemandu teksi terus berada dalam persekitaran ang menyaksikan masing-masing saling menganggap sebagai musuh dan pesaing. Sudah tiba masa untuk semua operator bekerja bersama,” katanya semasa berucap melancarkan perkhidmatan e-hailing baharu ‘Diffride’, di sini hari ini.

Diffride, satu jenama tempatan, menyasarkan untuk menyediakan perkhidmatan terbaik kepada mereka yang memerlukan pengangkutan di sekitar Lembah Klang sambil pada masa turut mengutamakan keperluan pemandunya.

Menerusi aplikasi baharu ini, pemandu hanya perlu membayar kadar rata RM5 sehari kepada penyedia perkhidmatan.

Sementara itu, Loke berkata operator perkhidmatan e-hailing juga harus mengambil inisiatif mendekati dan bekerjasama dengan persatuan teksi dalam usaha memperkenalkan teknologi baharu kepada pemandu teksi.

Beliau berkata persatuan-persatuan berkenaan arif tentang industri dan pada masa sama boleh membantu penyedia e-hailing menambah baik perkhidmatan mereka.

“Dekati mereka (persatuan teksi) untuk memperkenalkan teknologi dan saya pasti dengan pakej menarik yang anda tawarkan, mereka akan mendaftar,” katanya. – BERNAMA

Tags: Anthony Lokee-hailing
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Zaid Sindir Anthony Loke Gesa Pengundi Melaka Luah Rasa Tidak Puas Hati Najib Jalani Tahan Rumah

Zaid Sindir Anthony Loke Gesa Pengundi Melaka Luah Rasa Tidak Puas Hati Najib Jalani Tahan Rumah

11/11/2026
0

KUALA LUMPUR - Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke Siew Fook menggesa pengundi Melaka yang tidak berpuas hati dengan keputusan membenarkan...

DAP Menjunjung Tinggi Pendirian Anthony Loke Meletak Jawatan Menteri

DAP Menjunjung Tinggi Pendirian Anthony Loke Meletak Jawatan Menteri

11/11/2026
0

KUALA LUMPUR - DAP Menjunjung tinggi pendirian Setiausaha Agungnya, Anthony Loke Siew Fook meletakkan jawatan sebagai Menteri Pengangkutan. Menerusi satu...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd