Saturday, April 27, 2024

Creating liberating content

Kadir Kritik 2 Menteri...

PETALING JAYA - Wartawan veteran, A Kadir Jasin hari ini mengkritik tindakan 2...

Tambak Laut: Kerajaan P.Pinang...

BALIK PULAU - Kerajaan Pulau Pinang diminta mengkaji semula keputusannya meluluskan projek penambakan...

Salut.. Tak Ada Ijazah...

Walaupun tidak memiliki sebarang ijazah dan hanya tamat pengajian di peringkat sekolah menengah,...

Banjir Semakin Pulih Di...

KUALA LUMPUR - Keadaan banjir di Kelantan semakin pulih dengan pusat pemindahan di...

Mnangagwa Sah Presiden Zimbabwe

HARARE – Presiden Zimbabwe, Emmerson Mnangagwa, yang juga bekas sekutu Robet Mugabe diisytiharkan memenangi pilihan raya negara itu, selepas keputusan rasmi diperoleh awal pagi tadi.

Mnangagwa memperoleh 50.8 peratus undi, mendahului jumlah undi 44.3 peratus yang dimiliki parti MDC, pimpinan Nelson Chamisa.

Berikutan keputusan itu, Suruhanjaya Pilihan Raya Zimbabwe mengumumkan Mnangagwa sebagai pemenang.

Bagaimanapun, keputusan itu dicemari dengan tuduhan pembangkang bahawa berlaku penipuan hingga memaksa pasukan keselamatan mengawal keadaan bagi menghalang tunjuk perasaan.

Terdahulu, jurucakap parti pembangkang MDC, Morgan Komichi mendakwa keputusan pilihan raya yang memihak kepada Mnangagwa adalah ‘tidak sah’.

“Kami belum mengesahkan keputusan yang diumumkan…jadi keputusan itu adalah tidak sah,” kata Komichi sebelum beliau dihalang daripada berucap ketika pengumuman rasmi keputusan pilihan raya diumumkan di sini. – AFP/BH ONLINE

Artikel sebelum ini
Artikel seterusnya

Kategori