• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, October 1, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Menteri PH Masih ‘Bergelut’

oleh Cj Mnh
dalam Politik, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KOTA BHARU – Pas menganggap menteri-menteri yang menganggotai Kabinet di bawah kepemimpinan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad sebagai kumpulan yang sedang ‘bergelut’ dengan jawatan masing-masing.

Naib Presiden Pas, Datuk Mohd. Amar Nik Abdullah berkata, pergelutan itu jelas kelihatan menerusi beberapa insiden ‘silly mistake’ atau kesilapan kurang bijak sehingga menteri-menteri terbabit terpaksa meminta maaf secara terbuka.

Selain itu katanya, kesilapan dalam membuat kenyataan umum, menjawab soalan di Dewan Rakyat dan menangani isu-isu semasa yang timbul secara tidak langsung menjejaskan kredibiliti menteri tersebut di mata rakyat.

“Kebanyakan menteri ini ‘struggling’ untuk menjadi seorang menteri, mungkin kerana mereka tidak ada latar belakang, tetapi anggaplah ini satu proses pembelajaran dan kita harap mereka berusaha jadi lebih baik selepas ini.

“Bila ada ‘silly mistake’, terpaksa minta maaf, bukan sekali tapi beberapa kali.. memang sikap meminta maaf itu bagus namun kalau kerap menunjukkan kita tidak bersedia, tidak meneliti betul-betul sesuatu isu atau subjek yang ingin diperkatakan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas menghadiri mesyuarat Exco Kerajaan Pas Kelantan di Kompleks Kota Darulnaim, di sini hari ini.

Mengulas lanjut prestasi pentadbiran kerajaan PH yang bakal mencapai usia 100 hari tidak lama lagi, Mohd. Amar yang juga Timbalan Menteri Besar berkata, perkara paling ketara yang menjadi tumpuan seluruh rakyat Malaysia ialah kegagalan mereka menunaikan janji utama dalam manifesto.

Beliau bagaimanapun berharap kerajaan tidak lemah semangat dan mengalah, sebaliknya terus berusaha sedaya upaya menunaikan janji, termasuk membayar royalti minyak kepada Kelantan. – UTUSAN ONLINE

Tags: Datuk Mohd Amar Nik AbdullahKerajaan
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Kerajaan Patut Dipersoal Cadang Dasar 30% Ekuiti Tidak Adil Sejak Awal – Siti Kassim

Kerajaan Patut Dipersoal Cadang Dasar 30% Ekuiti Tidak Adil Sejak Awal – Siti Kassim

27/09/2026
0

KUALA LUMPUR - Peguam dan aktivis, Siti Kassim berpandangan kerajaan sepatutnya dipersoalkan kerana mencadangkan dasar berkaitan syarat 30 peratus ekuiti...

Dewan Perniagaan Melayu Malaysia Gesa Kerajaan Perjelas Pengguguran Ekuiti Bumiputera

Dewan Perniagaan Melayu Malaysia Gesa Kerajaan Perjelas Pengguguran Ekuiti Bumiputera

24/09/2026
0

KUALA LUMPUR - Dewan Perniagaan Melayu Malaysia (DPMM) menggesa kerajaan memberikan penjelasan rasmi dan konsisten berhubung keputusan menggugurkan syarat pemilikan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd