• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, May 25, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

LGE Antara Degil Auta SST, Jahil Faedah GST

oleh
09/08/2018
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

DUA hari lalu berlaku pengundian supaya Sales Tax Bill dirujuk kepada Jawatankuasa Pilihan Parlimen (Select Committee). Usul itu dikemukakan oleh Datuk Ronald Kiande (BN).

Hanya 51 menyokong dan 111 menentang. Semalam Service Tax Bill pula diluluskan. Kini nyawa SST bergantung kepada Dewan Negara kerana majoritinya adalah Senator BN.

Kerajaan PH memang keras kepala, degil dan buta. Menteri Kewangan, Lim Guan Eng sendiri akui Kerajaan bakal kehilangan hasil negara sebanyak RM17 bilion apabila GST ditamatkan.

Kemudian berlaku di depan mata, harga barang tidak turun pun setelah GST sifar dilaksanakan. Semua tahu pengalaman lepas, iaitu ketirisan akan berlaku bila SST diperkenalkan. Tetapi kenapa SST diteruskan juga?

Guan Eng dakwa konon apabila SST dilaksanakan hasilnya pulang pada rakyat. Apa yang dipulangkan? Jika setakat barangan dikenakan SST cuma 6,400 item berbanding GST 11,115 item, itu tidak bawa makna besar kepada rakyat.

Dia bangga 7,000 restoran yang pendapatannya kurang RM1 juta dikecualikan daripada SST. Justeru menurut beliau ini membawa kegembiraan mereka yang suka makan roti canai, nasi goreng dan kuay teow.

Sedangkan pulangan yang dituntut oleh rakyat ialah harga barang akan turun apabila GST dihapuskan. Sebenarnya apa yang berlaku, rakyat lebih banyak “kehilangan” apabila GST dihapuskan.

Antaranya, tiada kenaikan gaji dan bonus untuk penjawat awam, penangguhan bayaran hutang PTPTN dibatalkan, tajaan MyBrain tangguh, ribuan pekerja kontrak diberhentikan waima pengambilan PTD ditangguhkan.

Malah projek-projek bersifat “game changer” seperti MRT3 dan HSR untuk kepentingan rakyat pun ditangguhkan.

LIM GUAN ENG
#Menteri Alih Isu
#Menteri Tuding Jari
#Menteri Tiada Dasar
#Menteri Dedah Separuh Masak
#Menteri Street Fighter

Mohd Puad Zarkashi
9.8.2018

Tags: GSTPuad ZarkashiSST
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Selepas Madani Mart, Akmal Saran Laksana Semula GST – ‘Madani Tax’

Selepas Madani Mart, Akmal Saran Laksana Semula GST – ‘Madani Tax’

03/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr. Muhamad Akmal Saleh mencadangkan kerajaan melaksanakan semula Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST)...

Lim Guan Eng Saran Tangguh Kenaikan SST, Moratorium Untuk PKS

Lim Guan Eng Saran Tangguh Kenaikan SST, Moratorium Untuk PKS

01/04/2026
0

KUALA LUMPUR – Ahli Parlimen Bagan, Lim Guan Eng mencadangkan kerajaan melaksanakan moratorium pembayaran faedah pinjaman bank sehingga akhir tahun...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd