Thursday, May 2, 2024

Creating liberating content

Kedah Perlu 1,800 Pain...

ALOR SETAR - Jabatan Kesihatan Negeri Kedah memerlukan sekurang-kurangnya 1,800 pain darah bagi...

Petisyen Hukum Ramos Cecah...

KIEV - Nampak gayanya, drama perlawanan akhir Liga Juara-Juara 2017/2018 membabitkan Real Madrid...

Dua Telefon Microsoft Berspesifikasi...

Microsoft pada tahun ini hanya sekadar memperkenalkan beberapa peranti berspesifikasi pertengahan dan rendah...

Pahang Rancakkan Sektor Agro-Pelancongan

KUANTAN - Kerajaan negeri Pahang akan merancakkan lagi sektor agropelancongan di beberapa kawasan...

K’jaan Persekutuan Diminta Kaji Impak Pemansuhan Tol Jambatan P.Pinang

GEORGE TOWN – Ketua Menteri Pulau Pinang, Chow Kon Yeow hari ini meminta Kerajaan Persekutuan mengkaji impak kewangan yang berkait dengan pemansuhan tol Jambatan Pulau Pinang.

Chow berkata usaha ke arah pemansuhan tol perlu dikaji dengan teliti, antaranya dari segi impak komersial, terma-terma kontrak dan pulangan kewangan kepada syarikat konsesi.

“Kerajaan Persekutuan perlu kaji impak kewangan seperti bayaran pampasan kepada syarikat konsesi dan kos-kos penyelenggaraan berdasarkan kontrak tempoh konsesi tol Jambatan Pulau Pinang yang masih berbaki 20 tahun,” katanya ketika menjawab soalan Lee Khai Loon (PKR-Machang Bubuk) pada Mesyuarat Pertama Penggal Pertama Dewan Undangan Pulau Pinang ke-14 di sini hari ini.

Beliau berkata pemansuhan tol di Jabatan Pulau Pinang berada di bawah bidang kuasa Kerajaan Persekutuan memandangkan konsesi belum tamat.

Walaupun pemansuhan tol jambatan di bawah bidang kuasa Kerajaan Persekutuan, kerajaan Pulau Pinang menyokong penuh langkah itu, katanya.


Chow berkata Kerajaan Negeri sedang berusaha mengatasi masalah kesesakan lalu lintas di Jambatan Pulau Pinang dan antara langkah yang diambil ialah mengalakkan penggunaan pengangkutan awam seperti Perkhidmatan ‘Bridge Express Shuttle Transit’ (BEST) yang diperkenalkan sejak 2011.

“Perkhidmatan BEST telah dikembangkan kepada dua laluan utama iaitu di kawasan kilang Bayan Lepas dan di Komtar,” katan ya.- BERNAMA

Kategori