• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, July 4, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kerajaan Tetap Kurangkan Defisit 2.8 Peratus

oleh Cj Mnh
29/08/2018
dalam Politik, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Kerajaan akan tetap mengurangkan defisit fiskal kepada 2.8 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) dan meneruskan agenda konsolidasi fiskal secara beransur-ansur tanpa menggugat pertumbuhan ekonomi dan kesejahteraan rakyat.

Menteri Kewangan, Lim Guan Eng berkata, walaupun berhadapan dengan masalah legasi hutang, kerajaan tetap merealisasikan hasrat tersebut dengan menubuhkan dua jawatankuasa baharu iaitu Jawatankuasa Kewangan Awam dan Jawatankuasa Reformasi Cukai.

“Jelasnya, Jawatankuasa Kewangan Awam akan menyediakan rancangan fiskal jangka sederhana sambil meneruskan agenda konsolidasi fiskal dengan mengambil kira keperluan Kerajaan Persekutuan untuk meningkatkan kesejahteraan rakyat dan menyokong pertumbuhan ekonomi melalui perbelanjaannya.

“Jawatankuasa tersebut akan dipengerusikan oleh beliau sendiri dan akan dianggotai oleh Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Datuk Seri Azmin Ali dan Gabenor Bank Negara Malaysia, Datuk Nor Shamsiah Mohd. Yunos,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Beliau berkata, Jawatankuasa Reformasi Cukai pula akan mengkaji sistem pencukaian negara secara menyeluruh bagi menjadikannya lebih efisien, lebih neutral dan lebih progresif bagi membantu memacu pertumbuhan ekonomi berkualiti tinggi tanpa membebankan rakyat. – UTUSAN ONLINE

Tags: defisitKerajaan
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

Institusi Diraja Johor Paternalistik Terhadap Pentadbiran Negeri, Bukan ‘Rubber Stamp’ – Kok Wea

Institusi Diraja Johor Paternalistik Terhadap Pentadbiran Negeri, Bukan ‘Rubber Stamp’ – Kok Wea

27/06/2026
0

JOHOR BAHRU - Institusi Diraja Johor secara tradisinya mempunyai penglibatan yang sangat aktif dan bersifat paternalistik (kebapaan) terhadap pentadbiran negeri....

Protes Jalanan Jadikan Negara Tidak Stabil, Pelabur Rasa Bimbang – Saifuddin Nasution

Protes Jalanan Jadikan Negara Tidak Stabil, Pelabur Rasa Bimbang – Saifuddin Nasution

15/06/2026
0

KULAI – Kerajaan sentiasa berusaha memastikan bekalan minyak mencukupi bagi mengelakkan rakyat berasa marah sehingga mencetuskan protes di jalan raya...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd