Tuesday, June 25, 2024

Creating liberating content

PN Dikompaun RM1,000

KUALA LUMPUR : Perikatan Nasional (PN) dikompaun RM1,000 kerana melanggar Akta Pencegahan dan...

Rodziah: Zuraida Hanya Menumpang...

Calon Pakatan Harapan (PH) di kerusi Parlimen Ampang, Rodziah Ismail menolak dakwaan Zuraida...

Domino Cipta Robot Hantar...

PERKEMBANGAN terkini arena teknologi menyaksikan pelbagai pihak kian cenderung ke arah fungsi robotik dan...

Syed Saddiq Ajar Cara...

SHAH ALAM : Presiden Parti Ikatan Demokratik Malaysia (Muda), Syed Saddiq Syed Abdul...

Selangor Perlu Suara Pembangkang Supaya Tidak Leka

PETALING JAYA – Kerajaan Selangor memerlukan suara pembangkang yang kuat bagi mengelakkannya daripada ‘leka dan lena’ dalam menjalankan amanah, kata calon PAS bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Seri Setia, Dr Halimah Ali.

Beliau berkata, berdasarkan pengalamannya sebagai anggota Exco kerajaan Selangor sebelum ini, adalah sukar untuk wakil rakyat kerajaan mengeluarkan kenyataan yang bercanggah dengan kerajaan negeri.

“Jika calon Pakatan Harapan juga yang menang di sini, adakah dia mampu untuk menegur kerajaannya sendiri, pemimpinnya sendiri, ia bukan mudah…suaranya akan diterhadkan dan diminimakan,” katanya kepada pemberita selepas selesai proses pencalonan di Dewan Sivik Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) di sini hari ini.

Turut hadir Timbalan Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man, Setiausaha Agung PAS, Datuk Takiyuddin Hassan dan Pesuruhjaya PAS Selangor, Sallehen Mukhyi.

Turut memberikan sokongan kepada Dr Halimah ialah beberapa pemimpin UMNO, antaranya Naib Presiden UMNO yang juga Pengerusi Badan Perhubungan Selangor, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, Ketua Penerangan UMNO, Datuk Dr Shamsul Anuar Nasarah dan Ketua Wanita UMNO, Datuk Dr Noraini Ahmad.

​​​​​​​​​​​​​​Pada PRK itu 8 Sept ini, Dr Halimah berdepan pertembungan satu lawan satu menentang calon PH, Halimey Abu Bakar.

PRK berkenaan diadakan selepas penyandangnya Prof Dr. Shaharuddin Badaruddin meninggal dunia pada 2 Ogos lalu akibat kanser usus.

Sementara itu Tuan Ibrahim berkata PAS akan mengetengahkan isu kegagalan dalam menunaikan janji 100 hari PH dan ketidakseimbangan komposisi wakil rakyat di DUN Selangor, dalam kempen 21 hari yang bermula hari ini.


Menurut beliau, dua isu itu penting kerana rakyat sedikit sebanyak telah menyuarakan kekecewaan mereka terhadap kerajaan PH.

“Rakyat Selangor memerlukan suara pembangkang yang kuat untuk mengimbangi kerajaan negeri, sekarang cuma ada lima pembangkang dalam DUN Selangor, oleh itu perlu ada semak dan imbang yang kuat dalam kerajaan negeri.

​​​​​​​“Yang kedua apabila peralihan berlaku, rakyat boleh menilai prestasi 100 hari yang dijanjikan PH dan sejauh mana kerajaan menunaikan harapan rakyat. Ini antara dua isu yang akan kita bawa,” katanya.

Dalam pada itu, Ismail Sabri ketika ditemui berkata, UMNO akan menurunkan jentera pilihan rayanya selain menyenaraikan penceramah berkaliber untuk membantu PAS dalam PRK itu.

“Kita akan berbincang dengan PAS kerana mereka akan memimpin untuk kempen serta apa yang diperlukan oleh parti itu. Tiga sayap UMNO iaitu Wanita, Pemuda dan Puteri akan menggerakkan jentera mereka pada PRK kali ini,” katanya. – BERNAMA

Kategori