• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, July 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kerajaan Sah Tutup BTN, Mansuh PLKN

oleh Haris
13/08/2018
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

BIRO TATA NEGARA (BTN) dan Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) dimansuhkan serta-merta, kata Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Abdul Rahman.

Katanya, langkah ini diambil sebagai satu cara untuk mengurangkan perbelanjaan kerajaan dan mengurangkan lantikan politik.

“Di bawah BTN dan PLKN ada insfrastruktur, aset dan penjawat awam sedia ada. Mereka ini akan diletakkan di bawah Kementerian Belia dan Sukan dengan bajet sedia ada yang diperuntukkan untuk program tersebut.

“Dalam masa sama, akan ada rombakan besar, perbincangan bersama pihak berkepentingan dalam kerajaan seperti Kementerian Belia dan Sukan serta swasta bagi berbincang mengenai modul baharu itu,” katanya hari ini.

Beliau berkata demikian dalam sidang media di Parlimen hari ini.

Tindakan ini ialah tindakan terbaharu kerajaan Pakatan Harapan (PH) yang menamatkan program kerajaan sebelum ini, yang dianggap sesetengah pihak sebagai satu balas dendam politik.

Menurut Syed Saddiq, penjawat awam yang terlibat dengan penutupan itu akan diserap ke kementeriannya.

Menurutnya lagi, kementeriannya akan mengemukakan program lain sebagai ganti kepada dua program yang dimansuhkan ini, dan peruntukan untuk program tersebut akan dibentangkan oleh kementerian kewangan. – Mynewshub.tv

Tags: BTNPLKNSyed Saddiq Syed Abdul Rahman
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Hakim Cuti Sakit: Keputusan Kes Pecah Amanah, Pengubahan Wang Haram Syed Saddiq Ditangguh

Hakim Cuti Sakit: Keputusan Kes Pecah Amanah, Pengubahan Wang Haram Syed Saddiq Ditangguh

30/06/2026
0

Oleh Mynewshub PUTRAJAYA - Sesuatu yang tidak diduga berlaku semasa keputusan rayuan akhir pendakwaan terhadap pembebasan Ahli Parlimen Muar, Syed...

Pihak Suarakan Ketuanan Melayu Mahu Teruskan Pemerintahan Kuku Besi – Timbalan Menteri

Pihak Suarakan Ketuanan Melayu Mahu Teruskan Pemerintahan Kuku Besi – Timbalan Menteri

22/06/2026
0

KUALA LUMPUR - Timbalan Menteri Kewangan, Liew Chin Tong mendakwa golongan yang pernah menyuarakan Ketuanan Melayu sebenarnya mahu meneruskan pemerintahan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd