• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, May 17, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Jururawat Penting Dalam Pencegahan HCAI

oleh Ahmad Albab
01/08/2018
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Jururawat memainkan peranan yang penting dalam mencegah ‘Healthcare Associated Infection’ (HCAI) atau jangkitan silang, kata Timbalan Menteri Kesihatan Dr Lee Boon Chye.

Pencegahan tersebut boleh dilakukan dengan memastikan semua aspek amalan kejururawatan adalah ‘evidence-based’ melalui penyelidikan kejururawatan serta pendidikan kesihatan kepada pesakit dan keluarga mereka, katanya.

“Pencegahan dan kawalan infeksi juga merupakan komponen penting dalam penjagaan kejururawatan,” katanya dalam ucapan perasmian Persidangan Kawalan Jangkitan Kejururawatan di sini, yang dihadiri kira-kira 400 jururawat awam dan swasta. Teks ucapannya dibacakan oleh Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Perubatan) Datuk Dr Azman Abu Bakar.

Menurut Lee, HCAI boleh terjadi semasa pesakit mendapatkan rawatan di fasiliti kesihatan dan menjejaskan beratus-ratus juta pesakit di seluruh dunia setiap tahun.

“HCAI merupakan satu daripada faktor penyumbang kepada kejadian sepsis terutama dalam kalangan pesakit yang berisiko tinggi seperti orang tua, wanita hamil, bayi, pesakit kronik serta pesakit HIV dan kanser,” katanya.

Menurut Lee, beberapa penerbitan saintifik melaporkan bahawa sepsis telah menjejaskan kira-kira 30 juta orang di seluruh dunia setiap tahun serta mengakibatkan enam juta kematian. – BERNAMA

Tags: jururawatkesihatan
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Kesihatan Mursyidul Am PAS Beransur Pulih

Kesihatan Mursyidul Am PAS Beransur Pulih

17/04/2026
0

KUALA LUMPUR – Ketua Pemuda PAS, Afnan Hamimi Taib Azamudden memaklumkan kesihatan Mursyidul Am PAS, Datuk Hashim Jasin kini menunjukkan...

Ahmad Maslan Sindir Pengkritik?

Ahmad Maslan Sindir Pengkritik?

05/04/2026
0

KUALA LUMPUR – Timbalan Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Datuk Seri Ahmad Maslan dilihat menyindir pihak yang mengkritik cadangannya sebelum...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd