• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 1, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

JAPEN Kelantan Pergiat Kempen Kibar Jalur Gemilang Di luar Bandar

oleh Cj Mnh
29/08/2018
dalam Gaya Hidup, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

GUA MUSANG – Jabatan Penerangan (JAPEN) Kelantan mempergiatkan kempen kibar Jalur Gemilang terutama di kawasan luar bandar yang didapati kurang memberi sambutan terhadap kempen itu bersempena Bulan Kebangsaan.

Pemangku Pengarahnya Azhar Ismail berkata sebagai rakyat Malaysia, kecintaan terhadap negara wajar dibuktikan dengan mengibar Jalur Gemilang lebih-lebih lagi bersempena sambutan Hari Kebangsaan pada 31 Ogos setiap tahun.

“Menyambut Bulan Kebangsaan bukan hanya untuk warga di bandar, jabatan mahupun agensi kerajaan semata-mata malah ia membabitkan semua penduduk tanpa mengira di mana pun mereka tinggal,” katanya kepada pemberita selepas majlis perasmian Konvoi Kembara Merdeka Jalur Gemilang peringkat jajahan Gua Musang di Bangunan Persekutuan di sini, hari ini.

Sementara itu, ketua konvoi, Fadli Muhamad berkata konvoi itu berlepas dari Kuala Krai sebelum singgah di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sungai Asap, SMK Tengku Indera Petra 1 di sini, sebelum mengakhiri perjalanan di Bangunan Persekutuan untuk majlis perasmian itu.

Beliau berkata sepanjang perjalanan itu pihaknya mengagihkan 1,000 Jalur Gemilang kepada orang ramai untuk dikibarkan di rumah masing-masing. – BERNAMA

Tags: jalur gemilangJapen
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Polis Buka Kertas Siasatan Bendera Jalur Gemilang Dipasang Terbalik

Polis Buka Kertas Siasatan Bendera Jalur Gemilang Dipasang Terbalik

27/10/2025
0

JALUR GEMILANG DIPASANG TERBALIK DI PEKAN NANAS: POLIS PONTIAN JALANKAN SIASATAN   PONTIAN – Polis Diraja Malaysia (PDRM) Ibu Pejabat...

Lagi Jalur Gemilang Dipasang Terbalik

Lagi Jalur Gemilang Dipasang Terbalik

20/08/2025
0

JOHOR BAHRU: Lagi insiden pemasangan Jalur Gemilang secara terbalik dikesan di sebuah klinik pergigian swasta dipercayai berlaku di daerah Pontian....

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd