• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, August 16, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

GST, SST Perlu Dibandingkan Dengan Adil – Kian Ming

oleh Ahmad Albab
26/08/2018
dalam Politik, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Sebarang perbandingan antara cukai jualan dan perkhidmatan (SST) dan cukai barang dan perkhidmatan (GST) perlulah dibuat secara adil supaya rakyat tidak keliru dengan pelaksanaan cukai baharu pada 1 September ini.

Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Dr. Ong Kian Ming, berkata, rakyat perlu sedar bahawa jumlah barangan yang akan dikenakan SST adalah jauh lebih rendah daripada jumlah barangan yang dikenakan GST sebelum ini.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Bangi berkata, perkara itu jelas membezakan SST dengan GST tetapi perbandingan yang dibuat oleh Ahli Parlimen Ayer Hitam, Datuk Seri Wee Ka Siong seolah-olah menyamakan mekanisme SST dan GST.

Ka Siong berkata, keranda juga akan dikenakan SST sama seperti GST, kalau nak buat perbandingan, buatlah perbandingan secara menyeluruh kerana mengikut data daripada pihak Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM), 60 peratus barangan dikenakan GST, tetapi hanya 38 peratus sahaja dikenakan SST.

“Jadi kita tidak boleh main ambil dan pilih barang yang dikenakan GST juga akan dikenakan SST, apa yang kita perlukan sekarang adalah kajian menyeluruh supaya rakyat boleh mendapatkan gambaran yang lebih jelas mengenai perkara ini,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Beliau mengulas kenyataan Ka Siong selaku Timbalan Presiden MCA dalam ceramah kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Balakong baru-baru ini yang mendakwa kerajaan akan mengenakan SST terhadap keranda dan makanan bayi.

Bagaimanapun, Ketua Pengarah JKDM, Datuk Seri T. Subromaniam semalam menjelaskan bahawa keranda yang diperbuat daripada kayu dan makanan bayi dikecualikan daripada SST. – UTUSAN ONLINE

Tags: GSTSST
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

Ka Siong Persoal TNB Dikenakan Cukai Tambahan RM10.6 Bilion

Ka Siong Persoal TNB Dikenakan Cukai Tambahan RM10.6 Bilion

09/07/2026
0

KUALA LUMPUR - Presiden MCA, Datuk Seri Wee Ka Siong mempersoalkan adakah syarikat utiliti negara Tenaga Nasional Berhad (TNB) dikenakan...

PH Dakwa Najib Gagal Tingkatkan Taraf Hidup Rakyat, Laksanakan GST

PH Dakwa Najib Gagal Tingkatkan Taraf Hidup Rakyat, Laksanakan GST

04/07/2026
0

JOHOR BAHRU - Timbalan Menteri Kewangan, Liew Chin Tong mendakwa bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengamalkan politik...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd