• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, June 25, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Gaji CEO Makin Tinggi, Pekerja Pula Tak Naik

oleh Ahmad Albab
16/08/2018
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

GAJI ketua pegawai eksekutif (CEO) syarikat di Britain meningkat kepada 11 peratus pada tahun lalu dengan pendapatan purata £4 juta (RM21 juta).

Namun gaji pekerja biasa hanya meningkat dua peratus, lapor kajian agensi Chartered Institute of Personnel and Development (CIPD) dan High Pay Centre.

Menurut Mail Online, kajian itu diumumkan ketika banyak syarikat besar berdepan bantahan daripada pelabur yang tidak berpuas hati dengan bayaran gaji dan bonus berlebihan.

Antaranya Royal Mail yang berdepan bantahan hebat berhubung perjanjian bayaran gaji berjumlah £2.7 juta (RM14 juta) kepada CEO baharunya, Rico Back.

Kemarahan juga timbul berhubung bayaran £10.4 juta (RM54.22 juta) kepada CEO Unilever, Paul Polman dan £42 juta (RM218 juta) kepada Simon Peckham pada 2017, CEO syarikat Melrose sebelum pengambilalihan syarikat GKN.

Pengasas WPP yang disingkirkan, Martin Sorrell juga menerima bayaran £13.9 juta (RM72.5 juta) pada tahun lalu.

Ketua eksekutif CIPD, Peter Cheese berkata, sangat mengecewakan melihat bayaran kepada CEO melonjak ketika tekanan yang semakin tinggi sejak beberapa tahun menyebabkan gaji purata tenaga kerja hampir tidak berubah.

Pengarah Pay Centre, Luke Hildyard berkata, ia sangat menyedihkan melihat jurang bayaran gaji antara CEO dan pekerja biasa yang sangat besar.

“Peningkatan bayaran CEO mempamerkan budaya korporat dan kebertanggungjawapan yang rendah serta menunjukkan perubahan berani terhadap tadbir urus korporat diperlukan,” katanya. – Agensi/myMetro Online

Tags: CEOpekerja
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Pekerja Bangladesh Pun Boleh Berbahasa Melayu

Pekerja Bangladesh Pun Boleh Berbahasa Melayu

20/05/2026
0

INI bukan cerita rekaan. Ini kisah benar yang menunjukkan betapa mudahnya bukan Melayu mempelajari bahasa Melayu jika ada keperluan dan...

Rob Friend Dilantik CEO Harimau Malaya

Rob Friend Dilantik CEO Harimau Malaya

31/12/2024
0

Kuala Lumpur : Teka-teki siapa bakal menerajui Harimau Malaya akhirnya terungkai apabila Robert Douglas Friend atau lebih dikenali sebagai Rob...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd