• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, May 25, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Gaduh: 3 Individu Termasuk Suami Isteri Ditahan

oleh Cj Mnh
01/08/2018
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Tiga individu termasuk sepasang suami isteri ditahan bagi membantu siasatan kes pergaduhan di Rumah Panjang Jinjang Utara, Sentul di sini, Ahad lepas.

Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Seri Mazlan Lazim berkata kesemua suspek berumur 32 hingga 48 tahun itu ditahan di sekitar Jinjang pada 2 petang semalam.

Mereka direman sehingga esok untuk siasatan lanjut.

“Polis kini memburu dua lagi lelaki berhubung kejadian itu,” katanya kepada pemberita selepas menyaksikan Majlis Serah Terima Tugas Ketua Polis Daerah Wangsa Maju di sini hari ini.

Pada Isnin, media melaporkan seorang wanita berusia 26 tahun cedera dipukul dua lelaki gara-gara menegur mereka yang ketika itu sedang mabuk serta membuat bising di kawasan Jinjang Utara di sini kira-kira 6.30 petang.

Orang awam yang melihat mangsa dipukul kemudiannya mengejar dan memukul kedua-dua suspek.

Rakaman suspek dipukul oleh orang awam berdurasi empat minit enam saat itu tersebar di laman sosial.

Terdahulu, Mazlan menyaksikan majlis serah tugas di antara Pegawai Turus Kepolisan Komuniti, Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti Kuala Lumpur, Supt Noor Azmi Yusoff yang dilantik sebagai Ketua Polis Daerah Wangsa Maju yang baharu berkuat kuasa hari ini menggantikan Supt Mohamad Roy Suhaimi Sarif yang bertukar ke jabatan tersebut. – BERNAMA

Tags: kes pukulSuami Isteri
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Suami Isteri Dalang Utama Sindiket Dadah Ditahan, Bunga Ganja RM8.6 Juta Dirampas

Suami Isteri Dalang Utama Sindiket Dadah Ditahan, Bunga Ganja RM8.6 Juta Dirampas

10/11/2025
0

Georgetown: Polis Pulau Pinang membongkar sindiket pengedaran dadah bunga ganja bernilai RM8.6 juta dalam dua serbuan yang dijalankan di Bukit...

Suspek Pukul Guru Sekolah Memandu Direman 4 Hari

Suspek Pukul Guru Sekolah Memandu Direman 4 Hari

13/08/2025
0

Batu Pahat: Lelaki yang memukul guru sekolah memandu hingga berlumuran darah serta merosakkan kenderaan di perkarangan Balai Polis Parit Sulong,...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd