• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, November 9, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Suspek Pukul Guru Sekolah Memandu Direman 4 Hari

oleh Mohd Arshad
13/08/2025
dalam Jenayah
0
Suspek Pukul Guru Sekolah Memandu Direman 4 Hari
Share on FacebookShare on Twitter

Batu Pahat: Lelaki yang memukul guru sekolah memandu hingga berlumuran darah serta merosakkan kenderaan di perkarangan Balai Polis Parit Sulong, semalam, direman empat hari di Mahkamah Majistret hari ini.

Perintah reman bermula hari ini hingga Sabtu ke atas suspek berusia 33 tahun dikeluarkan Majistret Nurasidah A Rahman bagi membolehkan polis menjalankan siasatan lanjut berhubung insiden itu.

Ketua Polis Daerah Batu Pahat, Asisten Komisioner Shahrulanuar Mushaddat Abdullah Sani berkata, suspek ditahan di Parit Raja di sini, pada hari kejadian selepas melarikan diri sebaik memukul mangsa berusia 56 tahun.

Beliau berkata, siasatan polis mendapati kejadian berlaku pada jam 1.20 tengah hari itu berpunca rasa tidak puas hati berhubung cara pemanduan antara mereka berdua sebelum insiden itu tercetus.

“Suspek menunggang motosikal, menumbuk cermin hadapan hingga retak. Kejadian bermula di Taman Mutiara, Parit Sulong dengan mangsa meneruskan perjalanan ke Balai Polis Parit Sulong untuk membuat laporan.

“Bertindak atas kejadian ini, polis berjaya mengesan keberadaan suspek dan menahannya bagi membantu siasatan,” katanya ketika dihubungi.

Shahrulanuar berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 427 kerana khianat dan Seksyen 323 Kanun Keseksaan kerana sengaja mendatangkan kecederaan.

Terdahulu, video berdurasi satu minit 48 saat tular di media sosial memaparkan seorang penunggang motosikal mengekori kereta dipandu mangsa sambil menjerit.

Perbuatan suspek bagaimanapun dirakam salah seorang pelajar.

Guru terbabit sempat mengarahkan semua pelajar turun dan melarikan diri ke rumahnya manakala dia memandu ke Balai Polis Parit Sulong untuk membuat laporan.

-Harian Metro

Tags: Guru Sekolah Memandukes pukulreman
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Guru Lelaki Kelar Leher Isteri, Direman Enam Hari Bantu Siasatan

Guru Lelaki Kelar Leher Isteri, Direman Enam Hari Bantu Siasatan

30/08/2025
0

BALIK PULAU: Mahkamah Majistret di sini, hari ini membenarkan perintah reman selama enam hari terhadap seorang guru lelaki yang didakwa...

Rampasan Ganja 35kg, Pistol: Reman Isteri Doktor, Dua Anak Lelaki Disambung 6 Hari Lagi

Rampasan Ganja 35kg, Pistol: Reman Isteri Doktor, Dua Anak Lelaki Disambung 6 Hari Lagi

12/08/2025
0

KOTA BHARU: Isteri doktor bersama dua anak lelakinya yang ditahan di Ketereh, Selasa lalu untuk siasatan kes rampasan 35 kilogram...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd