• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, December 6, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Suami Isteri Dalang Utama Sindiket Dadah Ditahan, Bunga Ganja RM8.6 Juta Dirampas

oleh Mohd Arshad
10/11/2025
dalam Jenayah
0
Suami Isteri Dalang Utama Sindiket Dadah Ditahan, Bunga Ganja RM8.6 Juta Dirampas
Share on FacebookShare on Twitter

Georgetown: Polis Pulau Pinang membongkar sindiket pengedaran dadah bunga ganja bernilai RM8.6 juta dalam dua serbuan yang dijalankan di Bukit Mertajam di sini, Selasa lalu.

Dalam serbuan dijalankan Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Kontinjen (IPK) Pulau Pinang jam 1 pagi itu, pihaknya turut menahan lapan termasuk seorang wanita kerana disyaki terbabit dalam aktiviti berkenaan.

Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Azizee Ismail berkata, seramai lima lelaki tempatan dan seorang lelaki warga United Kingdom (UK) ditahan dalam serbuan pertama di sebuah inap desa di Perda, di sini.

Sementara, suami isteri yang masing-masing warga tempatan dan warga Thailand ditahan di kawasan sama.

“Turut dirampas 17 bagasi berisi bungkusan dadah dan kesemua dadah yang dirampas boleh digunakan seramai 500,000 penagih jika terlepas di pasaran.

“Siasatan mendapati kesemua yang ditahan berusia 20 hingga 37 tahun dan aktif menjalankan kegiatan itu pada pertengahan Oktober lalu,” katanya pada sidang media di IPK Pulau Pinang, hari ini.

Azizee berkata, hasil ujian saringan air kencing mendapati semua tangkapan negatif dadah, namun empat daripadanya mempunyai rekod lampau kesalahan jenayah dan dadah.

Katanya, tindakan juga diambil Akta Dadah Berbahaya (Pelucuthakan Harta) 1988 susulan rampasan kereta Honda Civic dan Toyota Estima bernilai keseluruhan RM210,000.

“Nilai rampasan dadah dan sitaan harta yang dirampas berjumlah RMRM8.88 juta dan kesemua suspek direman selama tujuh hari sehingga 11 November bagi siasatan Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.

“Rampasan itu adalah yang terbesar Pulau Pinang tahun ini,” katanya.

Menurutnya, siasatan juga mendapati inap desa di Perda itu dijadikan sebagai tempat penyimpanan dan pembungkusan semula dadah terbabit.

Katanya, suami isteri yang juga pengusaha restoran disyaki menjadi dalang utama bagi kegiatan itu.

“Hasil siasatan mendapati sindiket membawa masuk bekalan ganja itu dari Thailand menggunakan laluan darat dari Pantai Timur.

“Kita tidak menolak kemungkinan Pulau Pinang dijadikan sebagai lokasi transit dadah itu bagi penghantaran ke pasaran luar negara.

“Selain pasangan suami isteri itu, baki ahli lain yang bekerja sebagai penghantar makanan, ‘beach boy’ serta pembantu kedai makan itu bertindak sebagai ‘transporter’ dari Thailand ke Malaysia dengan bayaran antara RM9,000 hingga RM15,000 bagi setiap penghantaran.

“Siasatan juga mendapati ia merupakan kali pertama mereka membawa masuk bekalan bunga ganja itu malah mereka juga meletakkan label perisa pada bungkusan bagi mengaburi mata pihak berkuasa,” katanya.

-Harian Metro

Tags: Bunga GanjaSindiket DadahSuami Isteri
Share199Tweet124SendShare

Related Posts

Sindiket Edar Bunga Ganja Bernilai RM1.48 Juta Tumpas

Sindiket Edar Bunga Ganja Bernilai RM1.48 Juta Tumpas

04/08/2025
0

Kuala Lumpur: Empat individu termasuk dua wanita warga asing ditahan selepas terbabit dalam pengedaran 'nugget' atau bunga ganja bernilai RM1.48...

Suami Isteri Edar 67.7 kg Dadah Didakwa Di Mahkamah

Suami Isteri Edar 67.7 kg Dadah Didakwa Di Mahkamah

24/07/2025
0

KUALA KRAI: Sepasang suami isteri didakwa di Mahkamah Majistret, di sini, hari ini atas dua pertuduhan memiliki dan mengedar 67.7...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd