• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, May 25, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Fahmi Nafi Kosongkan Kerusi Lembah Pantai Bertanding PRK Seri Setia

oleh
16/08/2018
dalam Politik, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR- Fahmi Fadzil menafikan laporan bahawa beliau akan mengosongkan kerusi Parlimen Lembah Pantai disandangnya untuk bertanding sebagai calon Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Seri Setia pada 8 Sept ini.

Pengarah Komunikasi PKR itu berkata setakat ini beliau tidak menerima apa-apa arahan daripada pimpinan PKR berhubung perkara itu.

“Saya tidak menerima apa-apa arahan. Saya sudah sebut sebelum ni, mana mana ahli parti perlu sedia mengikut arahan parti jika diberi arahan mengosongkan kerusi,” katanya ketika ditemui pemberita di lobi Parlimen di sini, hari ini.

Fahmi diminta mengulas laporan media hari ini bahawa beliau bakal mengosongkan kerusi Parlimen Lembah Pantai dan bertanding di DUN Seri Setia bagi memberi laluan kepada Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk bertanding di Lembah Pantai.

PRK DUN Seri Setia diadakan berikutan kematian penyandangnya Prof Dr Shaharuddin Badaruddin pada 2 Ogos lepas.

Pada Pilihan Raya Umum ke-14, 9 Mei lepas, Shaharuddin daripada PKR mengalahkan tiga pencabarnya Datuk Yusoff HM Hanif daripada BN, Mohd Ghazali Daud (PAS) dan calon Bebas Dr S. Vignes dengan majoriti 19,372 undi.

BN sebelum ini memutuskan untuk tidak bertanding di Seri Setia dan sebaliknya memberi laluan kepada PAS untuk meletakkan calon pada PRK itu yang turut diadakan serentak dengan PRK DUN Balakong.

Penamaan calon bagi kedua-dua PRK itu pada Sabtu ini. — BERNAMA

Tags: Fahmi Fadzil
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

PH Kesal Pengkhianatan ADUN UMNO-BN Negeri Sembilan – Fahmi

PH Kesal Pengkhianatan ADUN UMNO-BN Negeri Sembilan – Fahmi

28/04/2026
0

KUALA LUMPUR – Pakatan Harapan (PH) melahirkan rasa kesal atas tindakan 14 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) UMNO-Barisan Nasional (BN)...

1,456 Kandungan Jelik Diturunkan Penyedia Perkhidmatan Platform Media Sosial – Fahmi

1,456 Kandungan Jelik Diturunkan Penyedia Perkhidmatan Platform Media Sosial – Fahmi

03/11/2025
0

KUALA LUMPUR: Sebanyak 1,456 kandungan berunsur jelik atau melampau membabitkan kanak-kanak sudah diturunkan oleh penyedia platform internet dan media sosial...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd