• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, July 7, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Dakwaan Najib Mengenai Melaka Gateway Tak Tepat

oleh
15/08/2018
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

MELAKA – Dakwaan bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak bahawa projek Melaka Gateway terus dilaksana dengan tidak mengalami apa-apa perubahan, sebagai tidak tepat, kata Ketua Menteri Adly Zahari.

Beliau berkata selepas mengambil alih pentadbiran kerajaan negeri Melaka, pelbagai penambahbaikan telah dilakukan terhadap projek tersebut untuk memastikan ia menjadi pemangkin kepada sektor pelancongan dan memberi manfaat kepada rakyat.

Katanya semasa pentadbiran kerajaan sebelum ini, terdapat rancangan tanah di Melaka Gateway dipajak kepada syarikat asing, antara isu yang menjadi kebimbangan Pakatan Harapan dan rakyat secara amnya.

“Apabila kita ambil alih tanggungjawab kerajaan negeri ini, kita tidak membenarkan tanah di Melaka Gateway itu dipajak kepada syarikat asing.

“Kita telah melakukan banyak penambahbaikan…dari segi kepentingan rakyat dan Melaka itu sendiri, baru kita benarkan Melaka Gateway itu diteruskan.

“Sekarang beliau (Najib) menyebut projek itu, tetapi sebenarnya ia (dilaksanakan) pada zaman beliau berkuasa. Tugas kita sekarang memperbetulkan apa yang tidak betul oleh kerajaan terdahulu,” katanya kepada pemberita di luar persidangan Dewan Undangan Negeri Melaka di sini hari ini.

Pada 6 Ogos lepas, Najib menerusi Facebooknya menyatakan rasa ‘pelik’ apabila Ketua Menteri Melaka dipetik sebagai berkata projek pelabuhan Melaka Gateway dan pelabuhan Kuala Linggi amat penting untuk pembangunan negeri.

Najib juga pelik ​​​​​​​projek yang dibuat semasa beliau menjadi Perdana Menteri dilabel sebagai ‘jual negara’ tetapi apabila dilaksana sekarang, ia menjadi projek penting yang boleh membawa Melaka kembali ke zaman kegemilangan Kesultanan Melaka walaupun projek itu tidak mengalami apa-apa perubahan dari segi skop projek atau pemegang saham.

Melaka Gateway adalah projek pembangunan komersial bercampur seluas 246.4 hektar bernilai RM43 billion terdiri daripada tiga pulau baharu yang dijangka siap pada 2025.

Adly berkata kerajaan negeri sentiasa mengadakan perbincangan dengan pihak yang terlibat dengan Melaka Gateway untuk memastikan projek itu tidak tersasar daripada matlamat asasnya untuk dijadikan sebagai kawasan pelancongan.

“Buat masa ini, Pulau 1 (Melaka Gateway) bagi tujuan pelancongan dan pelancongan maritim diteruskan. Tumpuan kita supaya Melaka Gateway menjadi aset pelancongan kerajaan negeri pada masa akan datang,” katanya. – BERNAMA

Tags: Adly ZahariMelaka Gateway
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Slogan ‘Melayu Terancam’, ‘Islam Terancam’ Hanya Dakyah Politik – PH

Slogan ‘Melayu Terancam’, ‘Islam Terancam’ Hanya Dakyah Politik – PH

02/07/2026
0

JOHOR BAHRU - Naib Presiden Parti Amanah Negara (Amanah), Adly Zahari mendakwa slogan 'Melayu Terancam' atau 'Islam Terancam' hanyalah dakyah...

Adly Zahari Nafi Dakwa Orang Melaka Tidak Suka Orang Johor

Adly Zahari Nafi Dakwa Orang Melaka Tidak Suka Orang Johor

21/06/2026
0

KUALA LUMPUR - Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Melaka, Adly ZaharI menafikan beliau mendakwa rakyat Melaka tidak suka kepada rakyat Johor....

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd