• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, May 25, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Ceroboh Tanah: PM Akan Jumpa Wakil Orang Asli

oleh Ahmad Albab
10/08/2018
dalam Politik, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad sedia menerima kunjungan daripada wakil masyarakat Orang Asli Gua Musang, Kelantan bagi mendengar permasalahan berhubung dakwaan pencerobohan tanah wilayah adat kaum itu oleh beberapa syarikat.

Perkara itu dimaklumkan oleh Setiausaha Politik Perdana Menteri, Abu Bakar Yahya selepas menerima memorandum daripada Pengerusi Jaringan Kampung Wilayah Tanah Adat Pos Simpor, Nur Mohd Shafiq Dendi Abdullah bagi menuntut pengiktirafan wilayah tanah adat Orang Asli melalui kaedah Geran Komuniti.

Satu pertemuan bersama Perdana Menteri diaturkan pukul 3.30 petang hari ini, katanya ketika ditemui pemberita di perkarangan Perdana Putra di sini hari ini.

“Perdana Menteri mahu mendengar dan mendapat maklumat secara terperinci isu yang membelenggu kaum Asli Temiar itu sehingga mendorong mereka membina sekatan bagi menghalang syarikat-syarikat yang mencerobohi sebelum memutuskan sebarang tindakan,” katanya.

Isu itu tercetus apabila beberapa syarikat didakwa menceroboh tanah wilayah adat bagi membuka ladang durian sehingga mendorong masyarakat Orang Asli dari 17 buah perkampungan bertindak membina sekatan bagi menghalang aktiviti pencerobohan itu sejak 18 Febi lepas.

Sementara itu, Mohd Shafiq Dendi yang juga Pengerusi Belia Jaringan Kampung Orang Asli Kelantan berkata pihaknya amat berterima kasih dengan keprihatinan Dr Mahathir untuk bertemu dan berbincang bagi mencari jalan menyelesaikan kemelut itu.

Beliau, yang mengetuai 220 Orang Asli hadir bagi menyerahkan memorandum itu, berkata pihaknya kini menaruh sepenuh kepercayaan kepada kerajaan Pakatan Harapan selepas usaha mendapatkan pertolongan daripada kerajaan Kelantan menemui jalan buntu. – BERNAMA

Tags: Orang AsliTun Dr Mahathir
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Belum Ada Laporan Polis Terhadap Tun M – KPN

Belum Ada Laporan Polis Terhadap Tun M – KPN

10/12/2024
0

KUALA LUMPUR: Polis tidak menerima sebarang laporan terhadap bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, seperti yang disyorkan oleh Suruhanjaya...

Hidroelektrik Nenggiri: 1,200 Orang Asli Terkesan Dipindah Mulai Pertengahan 2026

Hidroelektrik Nenggiri: 1,200 Orang Asli Terkesan Dipindah Mulai Pertengahan 2026

21/08/2024
0

Sebanyak 1,200 Orang Asli di Pos Pulat, Pos Tohoi dan Kampung Kuala Wias di Gua Musang yang terkesan dengan pembinaan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd