• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, August 26, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

BR1M Tetap Perlu Walaupun Kerajaan Bertukar

oleh Ahmad Albab
26/08/2018
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Konsep Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) boleh diperbaiki dan ia tetap perlu walaupun kerajaan bertukar.

Setiausaha Kluster Ekonomi dan Pengurusan, Majlis Profesor Negara, Prof Dr Asan Ali Golam Hassan berkata, bantuan rakyat ini berbentuk sementara untuk golongan tiada pekerjaan atau pendapatan dalam tempoh tertentu.

“Ia seperti pekerja tiba-tiba jatuh sakit dan berhenti kerja buat seketika, pesawah tidak mendapat hasil untuk musim tertentu kerana banjir, nelayan tiada hasil laut kerana tengkujuh atau pekerja diberhentikan kerana kilang ditutup dan lain-lain.

“Golongan seperti ini seharusnya mendapat BR1M dalam tempoh mereka tidak mempunyai pendapatan bulanan,” katanya dalam satu kenyataan kepada NSTP hari ini.

Menurutnya, miskin terbahagi kepada tiga iaitu golongan miskin yang tidak produktif, miskin yang produktif dan dan ketiga golongan yang mudah menjadi miskin (vulnerable groups).

“Miskin yang tidak produktif ini seperti orang kurang upaya (OKU), tua serta sakit dan golongan ini wajar dibantu dengan bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) berbentuk elaun sara hidup bulanan.

“Golongan miskin yang produktif dibantu dengan elaun mengikuti latihan, kemahiran, pendidikan, peluang perniagaan kecil, bantuan modal seperti mikro kredit dan lain-lain.

“Manakala golongan mudah menjadi miskin supaya mereka tidak miskin dalam tempoh masa tertentu apabila berlaku sesuatu bencana yang di luar kawalan,” katanya.

Katanya, jika orang miskin ia dibantu melalui elaun sara hidup atau elaun latihan bulanan dan bantuan modal seperti mikro kredit manakala BR1M sewajarnya khusus untuk membantu golongan terdedah kepada kemiskinan dalam tempoh mereka menjadi miskin kerana faktor di luar kawalan mereka.

Baru-baru ini, Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohammad mengumumkan bahawa BR1M akan ditarik secara berperingkat sebelum dihentikan sepenuhnya. – BH ONLINE

Tags: BR1MKerajaan
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

Isu Kesahihan Rumah Ibadat Bukan Islam Tidak Timbul Jika Kerajaan Sediakan Tanah

Isu Kesahihan Rumah Ibadat Bukan Islam Tidak Timbul Jika Kerajaan Sediakan Tanah

22/08/2026
0

KUALA LUMPUR - Pengerusi Parti Bersepakat Hak Rakyat Malaysia (Urimai), Profesor Dr. P. Ramasamy mempersoalkan mengapa wujud standard berganda (dwi...

DAP Letak Jawatan Kabinet Boleh Akibatkan PRU Lebih Awal

DAP Letak Jawatan Kabinet Boleh Akibatkan PRU Lebih Awal

13/08/2026
0

KUALA LUMPUR - Tindakan pemimpin DAP meletak jawatan sebagai anggota Kabinet akan memberi peluang kepada Barisan Nasional (BN) untuk menarik...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd