• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Bayi 4 Bulan Koma: Polis Rekod Keterangan Jiran

oleh Cj Mnh
27/08/2018
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

SEREMBAN – Polis akan merekodkan keterangan jiran pengasuh kepada bayi lelaki berusia empat bulan Muhammad Ummar Zayyan Mohamad Haikal Hafiz, yang tidak sedarkan diri ketika dalam jagaan pengasuh tersebut.

Ketua Polis Negeri Sembilan Datuk Noor Azam Jamaludin berkata ia bagi membantu polis melengkapkan siasatan kes dan difahamkan bayi itu masih dalam keadaan koma.

“Setakat ini kita telah rakam keterangan ibu bapa bayi berkenaan manakala pengasuh terbabit masih lagi ditahan reman.

“Kita juga ingin tahu sama ada jiran-jiran sebelum ini ada terdengar tangisan bayi berkenaan dan sebagainya,” katanya kepada pemberita dalam sidang media di sini, hari ini.

Pengasuh wanita berusia 23 tahun itu telah ditahan polis di perkarangan Ibu Pejabat Polis Daerah Seremban Jumaat lepas dan perintah reman tujuh hari sehingga jumaat ini telah dikeluarkan.

Media sebelum ini melaporkan ibu Muhammad Ummar Zayyan, Zura Emilia Mokhtar berkata anaknya yang masih belum sedarkan diri kini sedang dirawat di Pusat Rawatan Rapi Pediatrik (PICU), Hospital Tuanku Jaafar (HTJ) dekat sini.

Doktor yang merawat mengesahkan anaknya mengalami pendarahan dalam otak dan mata serta diberi bantuan pernafasan.

Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Hal Ehwal Wanita, Keluarga dan Kebajikan Negeri Sembilan Nicole Tan Lee Koon ketika melakukan lawatan ke Hospital Tuanku Jaafar berkata pengasuh tersebut tidak mempunyai latihan dan tidak ditauliah Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) melalui Kursus Asuhan dan Didikan Awal Kanak-kanak PERMATA.

“Setiap pengasuh mesti menerima latihan daripada PERMATA sebelum didaftarkan bersama JKM. Ini masalah utama, bagi menangani masalah ini saya syorkan senarai pengasuh yang berdaftar dengan JKM dihebahkan.

“Kepada ibu bapa yang ingin mengupah pengasuh, jangan mengambil pengasuh yang tidak mempunyai latihan walaupun murah,” katanya.

Tan berkata pihaknya akan mencadangkan kepada kementerian berkaitan selain daripada latihan PERMATA, pengasuh juga harus melalui beberapa saringan seperti ujian psikologi dan rekod jenayah terlebih dahulu bagi mengelak perkara seperti ini berlaku. – BERNAMA

Tags: Bayi Komaketerangan
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Tony Pua Mengaku Tulis Sendiri Hantaran Facebook

Tony Pua Mengaku Tulis Sendiri Hantaran Facebook

21/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Pengerusi Jawatankuasa Disiplin DAP, Tony Pua memaklumkan beliau telah dipanggil pihak polis bagi memberi keterangan berhubung hantaran...

MCMC Rakam Keterangan Ketua Editor, Pengarang Dalam Talian China Press

MCMC Rakam Keterangan Ketua Editor, Pengarang Dalam Talian China Press

22/01/2026
0

KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) sudah merakam keterangan Ketua Editor dan Pengarang Dalam Talian China Press, berhubung...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd