• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, June 27, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Bas Percuma Melaka Akan Manfaatkan 290,000 Rakyat Setahun

oleh
20/08/2018
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

MELAKA – Perkhidmatan bas percuma yang dilancarkan kerajaan Melaka hari ini dijangka memanfaatkan kira-kira 290,000 penduduk negeri ini dalam setahun, kata Ketua Menteri Adly Zahari.

Beliau berkata pengoperasian tiga bas percuma yang menelan kos kira-kira RM1.4 juta itu ditanggung beberapa agensi dan anak syarikat kerajaan negeri serta syarikat swasta menerusi Tabung Pengangkutan Awam Kerajaan Negeri Melaka.

Katanya bas tersebut akan melalui tiga laluan utama iaitu dari Melaka Sentral ke Mydin melalui Simpang Kipmart; Melaka Sentral ke Mydin melalui Hospital Besar; dan Melaka Sentral ke Pasar Transit bermula 6.30 pagi hingga 8 malam setiap hari dan dikendalikan syarikat kerajaan negeri Panorama Melaka Sdn Bhd.

“Saya bagi pihak kerajaan negeri ingin mengucapkan terima kasih dan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua pihak yang telah berjaya merancang, mengurus dan melaksanakan projek pengangkutan awam percuma ini.

“Setelah 100 hari kerajaan di bawah Pakatan Harapan menerajui pucuk pimpinan Melaka, akhirnya harapan rakyat untuk mendapatkan perkhidmatan bas percuma dapat direalisasikan,” katanya kepada pemberita selepas melancarkan Bas Percuma Melaka Berwibawa di Melaka Sentral di sini, hari ini. Turut hadir Pengurus Besar Panorama Melaka Sdn Bhd Abu Bakar Jani.

Perkhidmatan bas percuma antara 85 inisiatif dijanjikan kerajaan Pakatan Harapan (PH) Melaka dalam manifestonya pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).

Mengulas lanjut, Adly berkata perkhidmatan bas percuma merupakan permulaan positif kerajaan negeri Melaka ke arah memartabatkan semula sistem pengangkutan awam di negeri itu sekali gus sebagai jalan penyelesaian memenuhi keperluan rakyat yang bergantung pada sistem pengangkutan awam untuk bergerak.

Beliau berkata selain itu, dengan kadar pemilikan kenderaan peribadi tinggi di negeri ini, kerajaan negeri berusaha untuk menyelesaikan masalah pengangkutan awam terutama kepada golongan wanita, pelajar, warga emas, orang kurang upaya (OKU) dan golongan miskin yang memerlukan kemudahan berkenaan.

“Kerajaan Negeri menetapkan bahawa konsep peduli rakyat dan cadangan akar umbi dititikberatkan kerana percaya bahawa untuk menjadi kerajaan yang berkesan, keluhan dan cadangan rakyat perlu didengari kerana mereka adalah nadi utama kepada pembangunan di negeri ini,” katanya.

Sementara itu, beliau berkata kerajaan negeri akan mempertimbangkan kemungkinan meluaskan perkhidmatan bas percuma itu ke beberapa laluan lain seperti kawasan Alor Gajah, Masjid Tanah dan Jasin sekiranya mendapat peruntukan yang mencukupi menerusi Tabung Pengangkutan Awam Kerajaan Negeri. – BERNAMA

Tags: Adly Zahari
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Adly Zahari Nafi Dakwa Orang Melaka Tidak Suka Orang Johor

Adly Zahari Nafi Dakwa Orang Melaka Tidak Suka Orang Johor

21/06/2026
0

KUALA LUMPUR - Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Melaka, Adly ZaharI menafikan beliau mendakwa rakyat Melaka tidak suka kepada rakyat Johor....

Akmal Minta PH Jangan Fitnah Orang Melaka,  ‘Kami Juga Selalu Ke Johor, Bekerja Di Muar’

Akmal Minta PH Jangan Fitnah Orang Melaka, ‘Kami Juga Selalu Ke Johor, Bekerja Di Muar’

21/06/2026
0

MELAKA - Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr. Muhamad Akmal Saleh membidas pemimpin Pakatan Harapan (PH), Adly Zahari yang mendakwa rakyat...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd