Friday, December 6, 2024

Creating liberating content

PH Minta Bantuan Hishammuddin...

ANEH... Tular dalam kalangan netizen berkongsi berita portal The Malaysian Insight yang lapor...

Cari Penyelesaian Elak Banjir...

BENTONG - Sultan Pahang Sultan Ahmad Shah murka dan sedih dengan kejadian banjir...

Bapa 3 Anak Dijel...

KUALA LUMPUR - Bapa tiga anak dihukum penjara tujuh tahun dan dua sebatan...

Mayat Reput Dalam Semak,...

TELUK INTAN – Mayat seorang wanita yang ditemukan hampir reput di kawasan semak...

Anwar Mulakan Fasa Baharu Sebagai Presiden PKR

DATUK Seri Anwar Ibrahim disahkan sebagai presiden PKR selepas menjadi satu-satunya pemimpin yang menyerahkan borang pencalonan merebut jawatan tertinggi itu.

Isterinya Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail tidak mempertahankan jawatan yang bermakna Anwar diberi laluan mudah untuk memimpin PKR sebagai presiden.

Datuk Seri Mohamed Azmin Ali yang dispekulasi bertanding presiden kekal mempertahankan jawatan timbalan presiden, dicabar orang kuat Anwar, Mohd Rafizi Ramli.

Ini bermakna Anwar memulakan satu fasa baharu sebagai pemimpin parti yang sah, pada masa beliau semakin terpinggir disebabkan pengaruh Azmin dalam parti dan Tun Dr Mahathir dalam pentadbiran kerajaan.

Anwar perlu bertanding di kerusi Parlimen untuk membolehkannya menjadi ahli Parlimen sekaligus menggantikan Mahathir sebagai perdana menteri.

Anwar kini perlu bergelut dalam parti dan dalam Pakatan Harapan (PH) untuk memastikan beliau tidak terus dipinggir oleh kem Mahathir.

Mahathir sudah mula menguatkan cengkaman dalam PH dan beberapa pemimpin yang bernaung di bawah Anwar selama ini mula berasa lebih selamat bersama Mahathir.

Anwar akan lebih selesa dengan Rafizi sebagai timbalan, tetapi kedudukan Azmin tidak boleh dipandang mudah.

Azmin sudah kuat pengaruhnya dalam parti dan dalam kerajaan negeri Selangor, kubu kuat PKR dan negeri terkaya di Malaysia.


Sekiranya Azmin menewaskan Rafizi, persaingan antara kedua-dua pemimpin ini akan terus berlaku, dan perbezaan kem-kem akan lebih jelas.

Keputusan jawatan naib-naib presiden dan ketua-ketua sayap akan menunjukkan lagi siapa yang lebih berkuasa dalam parti.

Pertandingan kali ini dijangka akan berlangsung dengan sengit kerana PKR kini sebahagian kerajaan di Putrajaya.

Mereka yang kalah akan semakin terpinggir dan yang menang akan terus mengukuhkan kedudukan dalam parti dan kerajaan.

Sementara itu, 10 calon menyerahkan borang bagi bertanding jawatan naib presiden iaitu William Leong, Micheal Tamil, Nurul Izzah Anwar, Xavier Jayakumar, Tian Chua, Datuk Johari Abdul, Kesavan Subramaniam, Prof Datuk Dr G Balasubramaniam, Zuraida Kamaruddin dan Shamsul Iskandar Mohd Akin.

Jawatan ketua AMK pula menyaksikan pertandingan antara Akmal Nasir, Najwan Halimi dan Dr Afif Bahardin. Jawatan Timbalan AMK pula antara Naqiuddin Nazrin, Mohd Hilman Idham dan Raymond Ahuar.

Ketua wanita PKR menyaksikan pertandingan antara Haniza Talha dan Fuziah Salleh, manakala timbalan ketua wanita PKR menemukan Daroyah Alwi dengan Rodziah Ismail. – Mynewshub.tv

Kategori