• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Al-Sudais: Khutbah Arafah Dalam 5 Bahasa Termasuk Melayu

oleh Cj Mnh
13/08/2018
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

MAKKAH – Imam Besar dua masjid agung di Makkah dan Madinah, Sheikh Abdul Rahman Al-Sudais memaklumkan kerajaan Arab Saudi telah menyediakan terjemahan khutbah Arafah dalam lima bahasa bagi membolehkan jemaah haji serta umat Islam di seluruh dunia mendengar secara langsung terjemahan khutbah itu.

Sheikh Abdul Rahman berkata kemudahan itu akan dilancarkan menerusi frekuensi radio khas dalam lima bahasa yang diterima pakai iaitu Melayu, Urdu, Parsi, Perancis dan Inggeris.

Sheikh Abdul Rahman sendiri dijangka menyampaikan khutbah Arafah pada musim Haji tahun ini dalam bahasa Arab.

“Terjemahan dalam bahasa Melayu dibuat bagi manfaat orang Melayu, yang merupakan sebahagian besar kumpulan jemaah dari Asia Tenggara, kebanyakan mereka adalah Ahli Sunnah Waljamaah, dan fahaman ini berkembang ke negara lain termasuk Thailand, Filipina, Singapura, Indonesia dan Malaysia.

“Urdu adalah bahasa rasmi Pakistan, dan masyarakat Islam dari lima negara India, di samping beberapa tempat lain di Asia Selatan, manakala Parsi pula bahasa rasmi Iran, seperti yang dituturkan di Tajikistan dan negara lain,” katanya kepada editor media di sini.​​​

Beliau berkata terdapat bilik keselamatan yang dikawal rapi lengkap dengan kemudahan bagi penterjemah, mengambil kira spesifikasi kepentingan dan pengaruh, di mana terjemahan dilakukan serentak bermula daripada awal khutbah.

Khutbah ​​​​​​​Arafah akan diadakan di Masjid Nemra di Dataran Arafah, meliputi kawasan seluas 110,000 meter persegi.

Khutbah itu akan disiarkan segera sebelum jemaah menunaikan solat Zuhur dan Asar dalam satu perhimpunan ringkas, bagi mengikuti sunnah Nabi Muhammad SWT. – BERNAMA

Tags: Arafahkhutbah
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Tak Baca Khutbah Disediakan JAIPk, 4 Imam Digantung Tugas

Tak Baca Khutbah Disediakan JAIPk, 4 Imam Digantung Tugas

09/02/2025
0

IPOH: Empat khatib yang juga imam masjid di negeri ini digantung tugas sementara kerana menyampaikan khutbah Jumaat bukan dikeluarkan Jabatan...

Jemaah Haji Malaysia Bergerak Ke Arafah Isnin Ini

Jemaah Haji Malaysia Bergerak Ke Arafah Isnin Ini

24/06/2023
0

Kesemua 31,600 jemaah haji Malaysia akan bergerak ke Arafah, Isnin ini untuk menyertai kira-kira tiga juta umat Islam seluruh dunia...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd