• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Jemaah Haji Malaysia Bergerak Ke Arafah Isnin Ini

oleh AK-47
24/06/2023
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Jemaah Haji Malaysia Bergerak Ke Arafah Isnin Ini
Share on FacebookShare on Twitter

Kesemua 31,600 jemaah haji Malaysia akan bergerak ke Arafah, Isnin ini untuk menyertai kira-kira tiga juta umat Islam seluruh dunia menjalani ibadah wukuf yang merupakan kemuncak haji pada Selasa, 9 Zulhijjah (27 Jun).

Ikuti Mynewshub: Telegram

Mereka akan bergerak secara berperingkat ke Arafah yang jaraknya kira-kira 22 kilometer dari Masjidil Haram di sini, bermula 7 pagi waktu tempatan (12 tengah hari waktu Malaysia) menggunakan 21 bas disediakan bagi setiap maktab penginapan yang membawa jemaah haji dalam tiga penggi­liran perjalanan.

Wukuf ialah rukun haji yang dilakukan dengan berada di padang Arafah mulai daripada tergelincirnya matahari (waktu zuhur) pada 9 Zulhijjah sehingga sebelum fajar pada 10 Zulhijjah.

Ketua Rombongan Haji Malaysia Datuk Seri Syed Saleh Syed Abdul Rahman berkata kesemua jemaah haji Malaysia akan bergerak untuk mabit (bermalam) di Muzdalifah bermula 6.30 petang sebelum melontar di Mina hingga 13 Zulhijjah.

“Malaysia mendapat keutamaan daripada kerajaan Arab Saudi untuk memilih waktu melontar di ketiga-tiga jamrah … alhamdulillah, jemaah kita dapat melontar pada slot malam bermula 8 hingga 10 malam disebabkan keadaan cuaca yang lebih dingin,” katanya kepada pemberita di Makkah.

Beliau berkata 50 peratus jemaah haji akan melakukan Nafar Awal (melontar jamrah pada dua dari tiga hari tasyrik) manakala separuh lagi Nafar Thani (melontar bagi ketiga-tiga hari tasyrik) dan bertahalul.

Seterusnya, jemaah haji akan melakukan tawaf dan saie haji.

Syed Saleh berkata hampir 300 khemah di Arafah dan Mina tersedia buat jemaah haji negara dengan beberapa penambahbaikan dilakukan tahun ini termasuk khemah berdinding PVC dengan penyaman udara dan bekalan makanan yang keseluruhannya dibekalkan syarikat Malaysia.

Selain itu, 50 jemaah haji dipilih menyertai Program Prihatin Tetamu Ar Rahman (Peneman) yang bakal disantuni 50 petugas haji bagi membantu mereka ketika operasi Masyair.

Bagi pesakit pula, mereka akan dibawa ke Arafah menerusi program Safari Wuquf bersama petugas perubatan dengan menaiki bas khas dan ambulans.

Setelah selesai rukun dan wajib haji, jemaah akan melakukan tawaf wada’ atau tawaf selamat tinggal sebelum pulang ke tanah air, dengan penerbangan pertama dijadual pada 5 Julai ini.

-Malaysia Kini

Tags: ArafahHajijemaah hajijemaah haji malaysia
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Pemilik Madrasah Ditahan, Tipu 47 Jemaah Haji Warga Emas

Pemilik Madrasah Ditahan, Tipu 47 Jemaah Haji Warga Emas

18/06/2025
0

KUALA LUMPUR - Seorang pemilik sebuah madrasah ditahan selepas dipercayai berperanan untuk meraih kepercayaan 47 jemaah warga emas yang terpedaya...

Presidensi Arab Saudi Pasang Skrin 3D Bantu Jemaah Haji Patuhi Langkah Kesihatan

Presidensi Arab Saudi Pasang Skrin 3D Bantu Jemaah Haji Patuhi Langkah Kesihatan

08/06/2025
0

MAKKAH - Presidensi Am Hal Ehwal Masjidil Haram dan Masjid Nabawi Arab Saudi menggesa para jemaah haji supaya mematuhi langkah-langkah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd