• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, August 16, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

9 Hakim Mahkamah Persekutuan Bersidang Kali Pertama

oleh Ahmad Albab
28/08/2018
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Buat pertama kalinya panel sembilan hakim Mahkamah Persekutuan akan mula bersidang pagi ini bagi mendengar kes rayuan membabitkan isu perlembagaan.

Panel itu akan mendengar kes berhubung Majlis Penasihat Syariah Bank Negara membabitkan Seksyen 56 dan 57 Akta Bank Negara Malaysia 2009.

Ia akan menentukan isu keperlembagaan keputusan Majlis Penasihat Syariah Bank Negara yang dikatakan mengikat Mahkamah Tinggi Sivil dalam pertelingkahan komersial di antara JRI Resources Sdn Bhd dan Kuwait Finance House (M) Bhd.

Ketua Hakim Negara, Tan Sri Richard Malanjum, sebelum ini dilaporkan berkata kes membabitkan isu perlembagaan akan didengar panel sembilan hakim iaitu empat hakim paling kanan dalam Badan Kehakiman dan lima lagi hakim Mahkamah Persekutuan yang dipilih melalui undian.

Empat hakim kanan itu terdiri daripada Ketua Hakim Negara, Presiden Mahkamah Rayuan, Tan Sri Ahmad Maarop; Hakim Besar Malaya, Tan Sri Zaharah Ibrahim; dan Hakim Besar Sabah dan Sarawak, Datuk David Wong Dak Wah.

Malanjum berkata, kes berkepentingan awam di Mahkamah Persekutuan pula akan didengar oleh panel tujuh hakim termasuk empat hakim kanan terbabit manakala kes rayuan di mahkamah sama akan didengar lima hakim termasuk salah seorang daripada empat hakim paling kanan.

Sebelum ini, komposisi hakim paling ramai pernah mendengar kes di mahkamah persekutuan hanya membabitkan panel tujuh hakim, bagaimanapun ia amat jarang berlaku.

Antara kes yang pernah diputuskan panel tujuh hakim mahkamah persekutuan ialah pada 23 Jun 2014 membabitkan permohonan Gereja Katolik bagi mendapat kebenaran merayu keputusan Mahkamah Rayuan melarang penerbitan mingguan The Herald menggunakan kalimah Allah, dalam versi bahasa Melayu terbitannya. – BH ONLINE

Tags: Hakimmahkamah persekutuan
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Syed Saddiq Dilepaskan Dan Dibebaskan

Syed Saddiq Dilepaskan Dan Dibebaskan

13/07/2026
0

PUTRAJAYA - Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman dilepaskan dan dibebaskan daripada kesemua pertuduhan pecah amanah, salah guna...

Hakim Cuti Sakit: Keputusan Kes Pecah Amanah, Pengubahan Wang Haram Syed Saddiq Ditangguh

Hakim Cuti Sakit: Keputusan Kes Pecah Amanah, Pengubahan Wang Haram Syed Saddiq Ditangguh

30/06/2026
0

Oleh Mynewshub PUTRAJAYA - Sesuatu yang tidak diduga berlaku semasa keputusan rayuan akhir pendakwaan terhadap pembebasan Ahli Parlimen Muar, Syed...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd