• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 15, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

8 Maut, 1 Terselamat Dalam Nahas Pesawat Indonesia

oleh Ahmad Albab
12/08/2018
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

JAKARTA – Seorang kanak-kanak berusia 12 tahun menjadi satu-satunya penumpang yang terselamat dalam nahas di kawasan pergunungan di timur Indonesia semalam, kata pihak berkuasa.

Ketika kejadian, pesawat Pilatus buatan Switzerland yang mengikut jadual hanya mengambil masa 40 minit saja untuk tiba ke lokasi sekitar wilayah pedalaman Papua dikatakan terputus hubungan dengan pengawal trafik udara semalam.

Bangkai pesawat itu ditemui di kawasan hutan tebal berhampiran lereng gunung di daerah Oksibil pagi tadi.

“Lapan mayat ditemui dan hanya seorang terselamat,” kata jurucakap tentera Papua, Leftenan Kolonel Dax Sianturi.

“Setakat ini punca nahas belum disahkan dan siasatan akan dijalankan oleh jawatankuasa keselamatan pengangkutan negara,” katanya kepada AFP.

Pesawat milik syarikat Dimonim Air itu membawa tujuh penumpang dan dua anak kapal.

Pasukan mencari dan menyelamat terpaksa berjalan dua jam untuk sampai ke lokasi nahas dan menemui mayat sehingga awal pagi tadi.

Indonesia sangat bergantung kepada pengangkutan udara untuk menghubungkan beribu-ribu pulaunya tetapi mempunyai rekod keselamatan penerbangan yang buruk.

Julai lalu, lima orang terkorban selepas sebuah pesawat kecil terhempas di Wamena dekat wilayah Papua.

Pada Ogos 2015, sebuah pesawat penumpang komersial yang dikendalikan oleh syarikat penerbangan negara Indonesia Trigana terhempas di Papua akibat cuaca buruk, membunuh semua 54 penumpangnya. – AFP/BH ONLINE

Tags: IndonesiaNahas Pesawat
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Nyawa Lelaki Di Indonesia Kurang Bernilai Ke?

Nyawa Lelaki Di Indonesia Kurang Bernilai Ke?

29/04/2026
0

KEMALANGAN keretapi di Bekasi baru-baru ini menyebabkan kematian 14 orang...dan Menteri Pemberdayaan Perempuan dan Perlindungan Anak Indonesia, Arifah Fauzi, tampil...

Indonesia Pertimbang Kenakan Bayaran Ke Atas Kapal Lalu Selat Melaka – Laporan

Indonesia Pertimbang Kenakan Bayaran Ke Atas Kapal Lalu Selat Melaka – Laporan

23/04/2026
0

INDONESIA sedang mempertimbangkan untuk memperkenalkan levi ke atas kapal komersial yang melalui Selat Melaka, lapor Anadolu Ajansi, memetik media tempatan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd