• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, August 10, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

622 Pekerja Diberhentikan Di Perak Menerima Faedah Interim SIP

oleh Ahmad Albab
20/08/2018
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

TAIPING Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) Perak telah mengeluarkan bayaran faedah interim Sistem Insurans Pekerjaan (SIP) sebanyak RM380,000 bagi 622 pekerja di seluruh negeri, bermula Januari hingga Jun tahun ini.

Pengarahnya Anthony Arul Dass berkata faedah interim itu diberikan kepada pekerja yang diberhentikan kerja di negeri ini disebabkan pengurangan pekerjaan oleh majikan, Skim Pemberhentian Sukarela (VSS), Skim Pelepasan Sepakat (MMS) penutupan perniagaan dan pengecilan operasi oleh sesebuah syarikat.

“Faedah yang diberikan itu bagi membantu mereka mencari pekerjaan baharu di samping mengurangkan beban kepada anggota keluarga,” katanya pada sidang media selepas majlis penyampaian faedah Interim SIP yang disempurnakan Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kamunting Dr Ir Muhd Fadhil Nuruddin di Dewan Orang Ramai Kampung Sungai Relong dekat Kamunting hari ini.

Pada majlis itu, seramai 36 pekerja kilang Silverstone Bhd di Kamunting yang telah diberhentikan kerja menerima faedah interim SIP berjumlah RM21,600 dengan setiap seorang pekerja menerima RM600.

Beliau turut menasihatkan pekerja terlibat agar membuat tuntutan faedah interim SIP dalam tempoh 30 hari selepas mereka diberhentikan kerja.

“Perkeso akan memproses bayaran itu dalam tujuh hari dan mereka diberikan bayaran tersebut antara tiga hingga 6 bulan dan bayaran itu dihentikan setelah mereka mendapat pekerjaan baharu,” katanya.

Sehubungan itu, Anthony berkata majikan perlu membuat caruman SIP dengan kadar caruman RM7.90 iaitu 0.2 peratus syer majikan dan RM7.90 (0.2 peratus) syer pekerja daripada gaji bulanan pekerja mengikut Seksyen 16 Akta SIP 2017.

Beliau berkata sejak dilaksanakan mulai Januari hingga Julai tahun ini, Perkeso Taiping telah menerima 148 permohonan dan daripada jumlah itu seramai 123 pekerja menerima faedah interim SIP membabitkan RM69,600. – BERNAMA

Tags: pekerjaPerkeso
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Dana Khas RM4 Bilion Untuk Pembangunan Masyarakat India

Next Post

Bapa Tetak Anak Didakwa Membunuh

Related Posts

Pemilik Syarikat Tipu 5 Pemohon Tuntutan HUK PERKESO Didenda RM188,000

Pemilik Syarikat Tipu 5 Pemohon Tuntutan HUK PERKESO Didenda RM188,000

27/01/2025
0

BUTTERWORTH : Seorang pemilik syarikat didenda RM188,000 oleh Mahkamah Sesyen, di sini, hari ini, selepas mengaku bersalah terhadap tujuh pertuduhan...

Tak Faham Pertuduhan Langgar Murid Sekolah Hingga Cedera, Mahkamah Tetapkan 21 November Sebut Semula Kes

Tak Faham Pertuduhan Langgar Murid Sekolah Hingga Cedera, Mahkamah Tetapkan 21 November Sebut Semula Kes

28/10/2024
0

PORT DICKSON: Seorang pekerja pemasang khemah dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini, hari ini, atas pertuduhan memandu dalam keadaan mabuk...

Next Post

Bapa Tetak Anak Didakwa Membunuh

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd