• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Urusan Jemaah Haji Di Lapangan Terbang Dipermudah

oleh Ahmad Albab
18/07/2018
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

MADINAH – Tabung Haji (TH) akan berusaha memastikan kelancaran proses imgresen jemaah haji Malaysia di Lapangan Terbang Antarabangsa Putera Mohammad Abdulaziz buat masa ini tidak terjejas, meskipun dengan kehadiran jemaah haji dari Indonesia.

Pengurus Operasi Terminal TH di Madinah, Mohd Ramli Zakaria berkata jemaah haji Indonesia turut melalui terminal sama dengan jemaah haji Malaysia dan kebiasaannya mereka akan tiba pada 7 Zulkaedah (21 Julai) setiap kali musim haji.

“Kita telah mengambil beberapa langkah, antaranya melaksanakan mesyuarat post-mortem pra pelepasan tempoh hari. Kita juga telah mempertingkatkan usaha dan hubungan baik pihak United Agent yang menguruskan bagasi dan jemaah haji.

“Kita juga sentiasa peka dengan ketibaan jemaah haji Malaysia dan mengambil inisiatif untuk memberi makluman awal kepada petugas-petugas di sini untuk membantu proses pengeluaran bagasi dan jemaah haji dari terminal,” katanya pada sidang media di sini, hari ini.

Katanya pihak berkuasa Arab Saudi turut memberi jaminan untuk membantu petugas haji di lapangan terbang sekiranya terdapat isu berkaitan ketiadaan bas dan kesesakan di kawasan parkir.

“Mereka (pihak berkuasa Arab Saudi) akan memberi bantuan kepada jemaah haji Malaysia untuk keluar dari terminal. Saya yakin bahawa hubungan baik kita dengan pihak tempatan dapat memastikan kelancaran proses di imigresen tidak terjejas,” katanya.

Razali berkata Malaysia dan Indonesia adalah dua negara yang terlibat dalam program ‘Road to Makkah’ atau ‘Tariq Makkah’ yang dilaksanakan kerajaan Arab Saudi tahun ini.

Melalui program ini, kerajaan Arab Saudi akan membuat pemeriksaan imigresen serta bagasi bagi jemaah dari kedua-dua negara di negara asal, sekali gus menyingkatkan masa dan proses imgresen setibanya mereka di Arab Saudi.

Pada masa sama, Tabung Haji sedang berusaha untuk memendekkan lagi tempoh masa jemaah haji untuk tiba ke penginapan dengan perlaksanaan beberapa inisiatif untuk memastikan tempoh menunggu tidak terlalu lama di lapangan terbang, terutamanya bagi ketibaan pada waktu siang.

“Pada awalnya kita menggerakkan jemaah haji mengikut nombor bas, namun kita telah menukar strategi iaitu mana-mana bas jemaah haji yang sudah penuh boleh segera meninggalkan terminal, tanpa perlu mengikut nombor bas,” katanya.

Dengan perlaksanaan inisiatif ini, beliau melihat tempoh perjalanan jemaah haji dari lapangan terbang ke hotel penginapan mampu dipendekkan kepada 30 minit berbanding lebih kurang 45 minit buat masa ini.

Hingga malam Selasa, sebanyak 10 penerbangan catar haji Malaysia telah selamat mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Putera Mohammad Abdulaziz bermula 14 Julai, membawa lebih kurang 10,000 jemaah. – BERNAMA

Tags: jemaah hajiTabung Haji
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Jemaah Haji Malaysia Dipuji Tinggalkan Khemah Mina Bersih Dan Teratur

Jemaah Haji Malaysia Dipuji Tinggalkan Khemah Mina Bersih Dan Teratur

30/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Dr Zulkifli Hasan memuji sikap dan disiplin jemaah haji...

Penerbangan Bawa 278 Jemaah Haji Malaysia Mendarat Di Oman Ekoran Isu Teknikal

Penerbangan Bawa 278 Jemaah Haji Malaysia Mendarat Di Oman Ekoran Isu Teknikal

05/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Lembaga Tabung Haji (TH) memaklumkan penerbangan KT051 (MH8110) kendalian Malaysia Airlines (MAS) yang membawa jemaah haji Malaysia...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd