• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, September 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

UMNO Tolak Usaha Rai Mazhab Syiah

oleh Ahmad Albab
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

HUTAN MELINTANG – Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, UMNO menolak sekeras-kerasnya sebarang usaha oleh mana-mana pihak untuk meraikan mazhab Syiah atau membiarkan ia bebas diamal serta disebarkan di negara ini.

Presiden UMNO berkata, walaupun pihaknya menghormati pengikut mazhab itu di negara yang mengamalkannya, usaha untuk menyerapkan fahaman itu dalam kalangan Ahli Sunnah Wal Jamaah di negara ini amat tidak sesuai.

Katanya, usaha meraikan dan membiarkan mazhab itu diamalkan bakal menyebabkan perpecahan lebih teruk dalam kalangan umat Islam di negara ini.

“Majlis Fatwa Kebangsaan memutuskan bahawa kita menolak Syiah bukan kerana kita benci tetapi kita tidak mahu ajaran ini memesongkan ajaran orang Islam di Malaysia ini.

“Mana mungkin negara kita yang meletakkan dalam Perlembagaan (Perkara) 3(1), agama Islam adalah agama Persekutuan, walaupun dalam Perlembagaan tidak sebut, amalan kita berdasarkan Ahli Sunnah Wal Jamaah, ia harus dihormati kerana ia kontrak sosial kita,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam ucapannya pada Majlis Kesyukuran Meraikan Bakal-Bakal Haji kawasan Parlimen Bagan Datuk di Wisma UMNO Bagan Datuk di sini, hari ini.

Dalam sidang medianya, bekas Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Dalam Negeri itu turut memohon semua ulama, cendekiawan, jabatan agama serta pertubuhan bukan kerajaan (NGO) menolak sebarang usaha yang dilakukan untuk memesongkan pegangan berasaskan Ahli Sunnah Wal Jamaah.

“Biarpun apa akan terjadi, biar apa pun sudah terjadi, biarpun apa akan terjadi, kita tidak boleh tolak ansur melainkan pegangan kita Ahli Sunnah Wal Jamaah dan Mazhab Syafie,” katanya. – BH ONLINE

Tags: Datuk Seri Dr Ahmad Zahid HamidiSyiah
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Jangan Tunggu Rakyat Kembali Kepada UMNO, UMNO Yang Mesti Kembali Kepada Rakyat

Jangan Tunggu Rakyat Kembali Kepada UMNO, UMNO Yang Mesti Kembali Kepada Rakyat

30/08/2026
0

KUALA LUMPUR - Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi mengingatkan seluruh kepimpinan dan ahli parti itu supaya tidak...

Pengerusi BN Zahid Kunjungi Keluarga Azeez Rahim

Pengerusi BN Zahid Kunjungi Keluarga Azeez Rahim

28/08/2026
0

KUALA LUMPUR – Pengerusi Barisan Nasional (BN) yang juga Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengunjungi keluarga bekas...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd